Artis Korea

Hai Okay Ke Tu? K-Drama The Penthouse & Kairos Memang Buat Netizen Sakit Hati!

Mya Amri
18/11/2020
13:06 MYT
Sponsor Banner
Hai Okay Ke Tu? K-Drama The Penthouse & Kairos Memang Buat Netizen Sakit Hati!
Dua drama Korea terbaharu berjudul The Penthouse dan Kairos benar-benar membuatkan netizen sakit jiwa!
Walaupun baru sahaja beberapa minggu ditayangkan, namun jalan cerita kedua-kedua drama ini sangat mengujakan netizen.
The Penthouse yang dibintangi oleh Lee Ji Ah, Kim So Yeon, dan Eugene benar-benar menguji kesabaran di mana drama ini mengisahkan tentang kehidupan dan konspirasi kelas atasan.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kehebatan watak-watak yang dibawa oleh tiga pelakon wanita berkenaan.
Saksikan The Penthouse, setiap Selasa dan Rabu, pukul 8:10 malam di ONE (saluran 393).
Tidak cukup dengan itu, penonton ‘diseksa’ kembali dengan aksi yang lebih mendebarkan dengan drama Kairos.
Kairos yang dibintangi oleh Shin Sung Rok dan Lee Se Young merupakan drama thriller fantasi yang mengisahkan tentang dua dunia dengan tempoh waktu berlainan.
Kisah bermula apabila seorang lelaki dan wanita hanya boleh berhubung antara satu sama lain dengan hanya satu panggilan sahaja pada waktu tertentu selama satu minit.
Tujuan mereka berhubung adalah untuk mencari dan menyelamatkan orang tersayang yang diculik atau berkemungkinan dibunuh.
Sama seperti The Penthouse, netizen juga memberikan respon positif terhadap Kairos.
Saksikan Kairos, setiap Selasa dan Rabu, pukul 7:40 malam di Oh!K (saluran 394).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024