Artis Korea

#Foodieslife: Mudah Rupanya Buat Dalgona Candy Squid Game Ni, Boleh Main Dengan Anak-Anak Sekali

Mya Amri
25/09/2021
13:09 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: Mudah Rupanya Buat Dalgona Candy Squid Game Ni, Boleh Main Dengan Anak-Anak Sekali
Fenomena drama siri terbaharu Netflix, Squid Game memang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Segalanya tentang Squid Game menjadi perhatian termasuklah dari segi gaya permainannya, kad nama bersimbol dan juga gula-gula tradisional Korea yang dimainkan dalam game kedua.
Gula-gula tersebut diberi nama Dalgona Candy atau dalam bahasa Korea dipanggil Ppopgi. Rasanya cukup manis dengan tekstur yang crunchy.
Paling menarik, bentuk gula-gulanya bulat dan boleh diubah mengikut acuan kegemaran yang ditekapkan dibahagian tengah.
Antara bentuk popular gula-gula yang sering dimainkan oleh kanak-kanak adalah love, bintang, dan bulat.
Memandangkan drama ini sedang hangat diperkatakan, #Foodieslife yakin pasti ramai yang ingin mencuba Dalgona Candy ni kan?
Jom kita cuba resipi di bawah:
Bahan-bahanya:
1.5 sudu makan gula
Secubit baking soda
Cara-cara:
1. Ambil senduk besar. Masukkan gula dan kacau atas api guna chopstick.
2. Bila dah mula cair, tutupkan api. Letakkan baking soda dan kacau laju-laju.
3. Kacau sehingga baking soda larut sepenuhnya dan bertukar fluffy serta warna karamel muda.
4. Tuangkan ke atas baking paper menggunakan rubber spatula. Biarkan sejuk seketika selama 15 saat.
5. Ambil pinggan atau apa-apa yang sesuai kemudian tekapkan supaya menjadi nipis sedikit.
6. Tekap dengan acuan bentuk pilihan masing-masing.
Dah siap! Mudah sahaja rupanya, jadi selepas ini bolehlah lakukan dengan anak-anak dan buat game sendiri.
Seronok juga main hujung-hujung minggu kan.
Selamat mencuba guys!
Sumber resipi: Korean Bapsang / my resipi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024