Artis Korea

Bukan Mudah, Yeo Jin Goo Ambil Masa 10 Jam Buat Persiapan Untuk House On Wheels

Mya Amri
21/07/2020
13:38 MYT
Sponsor Banner
Bukan Mudah, Yeo Jin Goo Ambil Masa 10 Jam Buat Persiapan Untuk House On Wheels
Hos dan pelakon Korea, Yeo Jin Goo akui tidak mudah untuk membuat persiapan dalam program terbaharu berjudul House On Wheels.
Menurut Jin Goo, dia mengambil masa lebih 10 jam untuk memastikan segala persiapan telah dilakukan dengan sempurna. “Saya rasa jumlah masa secara keseluruahn yang diambil oleh untuk membuat persiapan dalam House On Wheels adalah lebih 10 Jam.
“Persiapan ini termasuklah persediaan dan latihan membuat Sikhye iaitu minuman tradisional Korea. Membuat minuman itu sahaja sudah mengambil masa selama empat jam.
“Kemudian berlatih memasak dengan menonton video resepi-resepi tertentu. Ini belum lagi dikira dengan sesi memperbetulkan kesilapan sewaktu memasak dan sebagainya.
“Sebab itu persediaan untuk pastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan sempurna mengambil masa yang agak lama,” katanya. Jin Goo berkata demikian sewaktu sesi temu bual bersama Gempak menerusi video atas talian baru-baru ini. Bagaimanapun kata Jin Goo, dia berasa seronok kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada program tersebut.
“Saya seronok sebaik sahaja mendapat tawaran untuk menjadi hos dalam House On Wheels. Bagi saya konsep program ini sangat unik.
“Selain dapat mempelajari banyak benda baharu, saya juga dapat meluangkan masa dengan dua senior hebat yang saya kagumi,” katanya.
Selain Jin Goo, House On Wheels juga dihoskan oleh pelakon Sung Dong Il dan Kim Hee Won.
Jangan lupa saksikan House On Wheels setiap Selasa, jam 11 malam di tvN (saluran 395) dan Astro Go.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024