Artis Korea

“Berat 4 Kg, Selamat Lahir Ke Dunia Sayang“- Han Areum Selamat Bersalin, Dedah Wajah Anak

Mya Amri
02/06/2020
11:26 MYT
Sponsor Banner
“Berat 4 Kg, Selamat Lahir Ke Dunia Sayang“-  Han Areum Selamat Bersalin, Dedah Wajah Anak
Bekas anggota kumpulan K-Pop T-ARA, Han Areum selamat melahirkan anak sulungnya melalui proses pembedahan.
Berita gembira itu diumumkan Areum menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Areum dia terpaksa bersalin secara pembedahan kerana mengalami komplikasi. “31 Mei 2020, anak lelaki kesayangan kami telah dilahirkan. Saya mula mengalami kontraksi pada 29 Mei hadir ke hospital.
“Oleh kerana mengalami komplikasi jadi kami mengambil keputusan untuk bersalin secara pembedahan.
“Saya tertanya-tanya adakah saya membuatkan bayi saya terpaksa melalui dugaan namun selepas itu saya mendapat tahu bahawa bayi kesayangan kami ini agak besar dan sihat dengan berat 4 Kg.
“Inilah permulaan keluarga saya secara bertiga, anak yang sangat berharga serta suami yang sangat saya cintai,” coretnya.
2020.05.31.기적이 탄생 29일 진통이 와서 병원을 갔다가 촉진제로 진행 하던중 진행이 되질 않아서 3일째 되는 날 저녁 제왕절개로 아가를 만나게 되었다. 괜히 아가를 힘들게 했나 싶고! 그런데 이게 무슨일... 우리 아가 4kg 우량아로 탄생? 엄마 힘들까봐 뱃속에서 버티고 버티다 출산하게 했나 싶고 ^^; 무쪼록 너무 작고 소중한 우리 아들 ! 엄마가 얼른 회복해서 모유 많이 많이 줄게! 이제 시작이다 우리 세식구! 사랑하는 우리가족?? #사랑하는두남자 ✨#여보도고생했어#우리아가#너무고생했어#사랑해#임산부졸업?
A post shared by 한아름? (@areum0ju) on
Terdahulu, Areum telah berkahwin dengan suaminya pada Oktober 2019.
Areum sebelum ini merupakan anggota T-ARA namun mengambil keputusan untuk berundur pada tahun 2013 kerana masalah kesihatan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024