Gegar Vaganza All Star

GV10: “Demi Kebaikan Semua Pihak, I’ll Be Signing Off…” - Kak Lina Mohon Maaf, Tak Akan muncul Di GV?

Mya Amri
27/09/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
GV10: “Demi Kebaikan Semua Pihak, I’ll Be Signing Off…” - Kak Lina Mohon Maaf, Tak Akan muncul Di GV?
Hos All Stars Gegar Vaganza (GV10), Elly Mazlein memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan cara pengacaraannya.
Menerusi menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagrammiliknya, Elky atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina memaklumkan dia meletakkan semua kesalahan pada dirinya sendiri.
“Selepas Kak Lina membaca kesemuanya… Ya Kak Lina baca semua komen anda. Sudah masanya Kak Lina tidak perlu ada di GV demi menjaga hati anda dan semua pihak..
“Kak Lina meletakkn kesemua kesalahan pada diri sendiri,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Elly memaklumkan dia tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa sebaliknya hanya melakukan kerja secara ikhlas dengan niat untuk mengiburkan orang ramai.
“Niat Kak Lina untuk menghiburkan, tapi lain pula jadinya. Buat semua orang yang tak berminat nak tengok GV pula.
“Sekali lagi Kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri,” maklumnya.
Bagaimanapun kata Elly, sekiranya kehadirannya kurang menyenangkan dia mengundurkan diri sebagai karakter ‘Kak Lina’ dan menggantikannya dengan ‘Elly Mazlein’
“Ya ramai yang mencari rezeki di GV. Demi kebaikan semua pihak, Kak Lina tak akan muncul lagi di GV. Minta maaf segala kekhilafan ya.
“Kak Lina tak bermaksud apa, memang nak menghiburkan. Jaga diri ya semua. Terima kasih di atas segala kemanisan yang Kak Lina rasa yg kak lina rasa sebelum ini.
“Terima kasih banyak-banyak. Insya-Allah Elly Mazlein akan mengantikan Kak Lina di GV nanti. Jadi I'll sign off, jaga diri semua,” jelasnya.
Terdahulu, ada segelintir netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap gabungan tiga pengacara iaitu Nabil, Jihan dan Elly dalam satu pentas. BACA: GV10: "Di Tempat Tinggi Itu Maksudnya ..." - Nabil Pesan Netizen Jangan Fikir Double Meaning Gurauan Fasal Mamat Exist!
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024