Gegar Vaganza All Star

"Enjoying Last Day Lepak-Lepak, Nak Pergi Massagelah" - Aishah Sebelum All Stars Gegar Vaganza Mula!

Amri Hassan
24/09/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Enjoying Last Day Lepak-Lepak, Nak Pergi Massagelah" - Aishah Sebelum All Stars Gegar Vaganza Mula!
Sebelum memulakan pertarungan untuk All Stars Gegar Vaganza pada Ahad ini, juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Datuk Aishah memilih untuk merehatkan diri daripada tekanan.
Kongsi Aishah di Instagram, beliau mahu lebih bertenang memandangkan GV bukan sekadar menguji kemampuan vokal.
"Enjoying my last day lepak-lepak. I think I nak pergi massagelah, relakskan diri...
"Perjalanan GV ni bukan sekadar menguji kebolehan menyanyi dan membuat persembahan. Ia juga akan menguji daya ketahanan, fokus dan kudrat kita.
"Sebagai salah seorang peserta paling senior sememangnya ia mencabar dari segi fizikal. Doakan I sihat dan fokus okey," tulisnya.
Aishah antara bintang yang bakal berentap dalam All Stars Gegar Vaganza tahun ini bersama kesemua juara setiap musim GV terdahulu.
Di ruangan komen ramai yang menitipkan kata-kata semangat dan doa agar penyanyi kesayangan mereka itu diberikan kesihatan yang baik untuk bertarung.
"Tunjukkan taringmu walaupun senior.
"Your voice is golden kak in all genre for sure you dan sing any songs.
"GV bukan sekadar suara dan persembahan. Dia tengok juga attitude kita sepanjang masa di GV.
"One of the legends yang ada. Harap dapat lagu Janji Manismu lagi," tulis beberapa peminat setia Aishah.
BACA: Juara Vs Juara! Senarai Penuh 10 Bintang All Stars Gegar Vaganza
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024