Gegar Vaganza 6

GV2019: “Saya Ingatkan Saya Yang Tersingkir” – Feeza Terkejut Nurfatima Di Tangga Tercorot

Azwa Rahman
10/11/2019
20:19 MYT
Sponsor Banner
GV2019: “Saya Ingatkan Saya Yang Tersingkir” – Feeza Terkejut Nurfatima Di Tangga Tercorot
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Feeza akui tidak menyangka apabila namanya diumumkan sebagai bintang ke-9 yang mara ke konsert keenam GV2019.
Menurut Feeza, dia mengalami beberapa masalah berpunca daripada alat pendengaran ‘ear piece’ yang tidak kedengaran sehingga menyebabkan temponya terbabas.
“Sebenarnya saya lost masa ear piece buat masalah. Sudahlah tak dengar, terus tempo pun lari. Memang rasa macam nak tarik ear piece tu sebab tak boleh nak catch up. Tapi mujur lepas tu melodi dapat dengar balik, barulah rasa okay.
“Sejujurnya saya terkejut ingatkan Nurfatima yang terselamat sebab saya dapat rasa minggu ni saya akan terkeluar.
“Takkan Nurfatima yang terkeluar sebab dia tak pernah berada di kedudukan tercorot. Tapi bila dapat keputusan yang semua dapat mara ke konsert seterusnya, alhamdullilah syukur,” ujarnya kepada Gempak.
Feeza ditemui seusai melakukan persembahan pada konsert Kelima GV2019 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Tambah Feeza, menyanyikan lagu Jutaan Purnama milik Datin Alyah yang merupakan isteri kepada juri tetap, Datuk Ramli MS cukup memberikan tekanan namun dia berikan yang terbaik.
“Cabaran minggu ni memang tough tapi Datuk Ramli MS banyak mengajar cara-cara menyanyi dengan lembut tetapi dengan gaya tersendiri.
“Saya hanya berkesempatan bertemu dengan Datin Alyah di belakang pentas sebelum konsert bermula dan dia mengucapkan selamat maju jaya.
“Bila minggu ni tiada penyingkiran, pastinya nanti akan ada minggu yang dua bintang sekali tersingkir. Jadi saya ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk berikan sehabis baik pada konsert akan datang,” jelasnya lagi.
Bertemakan ‘melets’ pada konsert keenam, Feeza bakal mempersembahkan lagu berjudul Terus Mencintai nyanyian asal Siti Nordiana.
Jangan lupa saksikan GV6 pada hari Ahad ini 17 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024