Gegar Vaganza 2021

“Semua Tahu Saya Pernah Bergolok Gadai” - Adibah Noor Bayar Hutang Guna Wang GV8? Tebus Barang Kemas?

Hanafis Haris
24/01/2022
23:30 MYT
Sponsor Banner
“Semua Tahu Saya Pernah Bergolok Gadai” - Adibah Noor Bayar Hutang Guna Wang GV8? Tebus Barang Kemas?

Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor tanpa berselindung mengaku bakal menggunakan wang kemenangan RM20,000 untuk melunaskan hutang-piutangnya.

Menurut Adibah, selain mahu menambah simpanan, dia juga mahu menebus kembali barang kemas yang pernah digadai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Nak simpan sikit, bayar hutang sikit. Yer, hutang banyak PKP 2 kali.

“Saya akan simpan sikit, kita tengok kalau yang pajak gadai overdue kita ambil, kalau keluarga sahabat andai mana yang cukup,” katanya.

Jelas Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar, dia tidak malu untuk berkongsi kisah berkenaan kerana ramai yang sudah maklum mengenai situasinya sebelum ini.

“Yes this is the truth dan saya tak malu nak mengaku. Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui ketika dua kali tempoh PKP.

“Orang dah tau saya bergolok gadai semua.Barang overdue kita ambil dulu atau topup bunga dia,” katanya.

Sekadar info, pelantun lagu Terlalu Istimewa itu pernah mendedahkan dia terpaksa menjual rumah dan menggadaikan barang kemasnya demi kelangsungan hidup sepanjang PKP.

Dedah Adibah, tindakannya itu disebabkan keadaan kewangan semasa yang terjejas lantaran pandemik COVID-19.

BACA: Adibah Noor Gadai Barang Kemas, Jual Rumah ... "Saya Tak Malu Mengaku Saya Pun Susah"

Untuk rekod, pada konsert akhir GV8 semalam, Adibah meraih tempat keempat selepas menyanyikan lagu Seroja (S. Effendy) dan duet bersama Datuk Zainal Abidin menerusi lagu Kau Di Hatiku.

Untuk pusingan battle pula, Adibah berentap dengan Azan Scan menerusi lagu Kami Rappers dari 4U2C sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi.

GV8 menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang RM100,000 berserta trofi.

BACA: Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Kaut RM100,000

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024