Gegar Vaganza 11

“Bila Masa Berlalu, Perhatian Orang Sudah Semakin Pudar” - Taufik Batisah

Mya Amri
12/02/2025
08:16 MYT
Sponsor Banner
“Bila Masa Berlalu, Perhatian Orang Sudah Semakin Pudar” - Taufik Batisah
Penyanyi terkenal Singapura, Taufik Batisah berpendapat program realiti seperti Gegar Vaganza banyak memberi peluang kepada penyanyi lama untuk kembali menyerlah.

Persaingan hebat

Malah kata Taufik, platform seperti itu menawarkan persaingan hebat yang sihat antara satu sama lain.

“Untuk mendapatkan perhatian orang ramai tu susah, memang ramai artis artis di Malaysia dan Singapura yang bagus bagus tapi bila masa berlalu, perhatian orang sudah semakin pudar. “Jadi pada saya program seperti Gegar Vaganza ini memberi mereka peluang untuk hidupkan kembali semangat peminat, semangat mereka sendiri untuk membuat persembahan.

“Sebab bila mereka tahu ada orang yang menyokong, secara tidak langsung dapat membakar semangat untuk memberikab persembahan yang lebih baik lagi,” jelasnya.
Taufik berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas sesi latihan dan sound check konsert akhir GV11 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Menang kalah adat bertanding

Mengulas mengenai persaingan antara sesama artis dalam program realiti, Taufik berkata, menang atau kalah itu sudah menjadi lumrah atau pun adat pertandingan.

“Kalah menang adat pertandingan, yang penting adalah apa yang berlaku kepada mereka selepas berakhirnya program ini. “Sebab ia akan dapat mengingatkan mereka yang mereka ini masih lagi ada ramai peminat yang menyokong dengan harapan mereka dapat membuat sesuatu untuk kekal relevan,” ujarnya.

Untuk info, Taufik merupakan artis jemputan yang membuat persembahan duet bersama bintang Gegar Vaganza, Sheila Abdull dengqn membawakan lagu berjudul Aku Bersahaja.
Gegar Vaganza 11 menyaksikan Liza Aziz dinobat sebagai juara.
Manakala naib juara pula menjadi milik Ning Baizura dan tempat ketiga jatuh kepada Sheila Abdull.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024