Famili

Skil Melukis Chacha, Yaya, Emma Maembong Sehebat Ayoh Mereka?

Ahmad Shah
05/11/2015
03:13 MYT
Sponsor Banner
Skil Melukis Chacha, Yaya, Emma Maembong Sehebat Ayoh Mereka?
Sebagai anak kepada pelukis tersohor, Ismail Maembong, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah ketiga-tiga anak perempuannya, Chacha, Yaya dan Emma Maembong turut mewarisi legasi dan kehebatan seniman tersebut?
Nampaknya, persoalan tersebut sudah pun terjawab dalam episod kedua The House yang mula bersiaran di www.TheHouse.com.my, sejak jam 4 petang semalam.
Chacha, Yaya serta Emma Maembong telah pun diuji untuk membuat lukisan figura oleh suami Yaya, Wan Raja ketika dia menziarahi mereka di dalam rumah tersebut.
Wan Raja yang turut berkemampuan untuk melukis telah bertindak sebagai juri di dalam pertandingan tersebut.
Menurut Wan Raja, ketiga-tiga adik-beradik Maembong tersebut memang mempunyai bakat semulajadi untuk melukis.
Namun di antara ketiga-tiga mereka, Emma memang lebih pandai melukis figura, Yaya pula lebih cenderung kepada lukisan berbentuk dekorasi manakala Chacha pula hanya akan melukis berdasarkan kepada moodnya.
Oleh kerana lukisan figura Emma Maembong yang lebih cantik berbanding Yaya dan Chacha, maka sepatutnya dialah yang selayaknya diumumkan sebagai pemenang.
Namun oleh kerana hadiahnya adalah seejor Iguana, maka haiwan tersebut telah diserahkan kepada Yaya. Oleh kerana itu, secara teknikalnya, Yayalah yang jadi pemenangnya.
Bagi Emma dengan Chacha pula, sekalipun kemenangan berpihak kepada Yaya, namun mereka langsung tidak berasa kecil hati atau iri hati.
Sebaliknya, dengan mengambil semangat yang dipercayai Kotex, Chacha dengan Emma turut sama berkongsi kegembiraan mereka terhadap kemenangan Yaya itu.
Malah, sebagaimana Kotex, Chacha dan Emma juga turut sama-sama menyokong serta membantu Yaya untuk menjaga Iguana yang kini mula menjadi haiwan peliharaan kesayangannya itu.
Begitulah indahnya hubungan kasih sayang mereka adik-beradik yang sentiasa bersatu serta melindungi antara satu.
Dalam episod kedua The House ini juga, penonton turut dapat menyaksikan bagaimana sibuknya Emma apabila terpaksa membeli bahan-bahan untuk persediaan bagi Yaya memasak.
Lucunya, Emma tidak tahu apakah itu bawang Holland.
Keadaan juga agak huru-hara apabila Chacha telah diberi tugasan untuk membantu Yaya memasak di dapur.
Namun sesuatu yang menarik, ketiga-tiga mereka berpeluang untuk menikmati makanan tradisi dari Terengganu iaitu Keropok Lekor original yang dibawa dari negeri asal kelahiran mereka itu.
Apakah yang akan berlaku dalam episod ketiga The House pada minggu hadapan? Jangan lupa saksikan The House, rancangan yang disokong oleh Kotex di www.TheHouse.com.my pada hari Rabu depan, jam 4 petang.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024