Antarabangsa

Yamaha Thailand Lancar R15 Racing Spirit 2021, Mewarisi DNA Sportbike R1

Erywan
20/11/2020
07:17 MYT
Sponsor Banner
Yamaha Thailand Lancar R15 Racing Spirit 2021, Mewarisi DNA Sportbike R1
Yamaha Motor Thailand terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen sportbike domestik menerusi pengenalan R15 Racing Spirit 2021 serba baharu.
Yamaha R15 Racing Spirit 2021 mewarisi DNA dari sportbike kelas dunia R1 dengan prestasi sporty yang memberikan keterujaan kepada penunggang. Yamaha R15 (2021) dikuasai enjin 155cc silinder tunggal 4-injap penyejukan cecair bersama teknologi VVA yang menghasilkan kuasa 19hp dan tork 14.7Nm bersama transmisi 6-kelajuan.
Penggayaan Yamaha R15 Racing Spirit 2021 diserlahkan dengan lampu depan sofistikated LED yang diinspirasikan dari YZF-R1. Generasi baharu R15 memberikan aura berkuasa dari pelbagai sudut dan lampu belakang LED menampilkan rekaan slim R-Series.
Sportbike 2021 itu dilengkapi dengan skrin digital LCD bersama Shift Light (indikator nyala lampu/tukaran gear) dengan karakter gaya lumba. Skrin berkenaan turut memaparkan parameter teknikal penting antaranya minyak, kelajuan, jarak dan rpm. Yamaha R15 Racing Spirit 2021 turut dilengkapi dengan Klac Assist & Slipper yang memberikan tukaran gear lembut dan lancar.
Keselamatan dipertingkatkan dengan tayar besar yang memberi kelebihan ketika mengambil selekoh. Rim bersaiz 17-inci dipadankan dengan tayar bersaiz 100 /80 (depan) dan 140/70 (belakang). Operasi menghentikan jentera diserahkan kepada brek cakera bersaiz 282mm (depan) dan 220mm (belakang).
Di samping itu, swing arm aluminium belakang turut direka semula untuk dipadankan dengan rim aloi lebih lebar. Yamaha R15 Racing Spirit 2021 pasaran Thailand menerima tiga warna pilihan iaitu Racing Blue, Matt Gray dan Monster Blacks pada harga baht 97,500 (RM13,330).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024