Tempatan

Yamaha Motor Lancar Model Basikal Pas Brace (2021)

Erywan
10/05/2021
04:22 MYT
Sponsor Banner
Yamaha Motor Lancar Model Basikal Pas Brace (2021)
Yamaha Motor melancarkan basikal sporty bantuan kuasa elektrik Pas Brace yang dilengkapi dengan Bantuan Kuasa Pintar baru-baru ini.
Yamaha PAS Brace (2021) adalah versi kemas kini bagi memudahkan pergerakan harian pengguna yang dikomposisikan antara model "YPJ Series". Seiring dengan konsep basikal komuter sporty harian, produk terbabit menyasarkan pengguna yang ingin bergerak sejauh 10km sehala.
Pemasangan Bantuan Kuasa Pintar menawarkan pengendalian selesa walaupun mengayuh pada rev tinggi serta mendaki bukit. Assist Force menawarkan kawalan automatik sepenuhnya pada situasi laluan cerun dengan muatan berat atau sebaliknya.
Ciri utama yang ditawarkan termasuklah 8-speed rapid fire shift, tayar 26-inci semi-slick, brek cakera depan dan brek V belakang serta prestasi kayuhan kelajuan tinggi. Sebagai tambahan basikal berkenaan ditawarkan suspensi depan dengan pelarasan pra beban dan bateri litium ion kapasiti besar 15.4Ah.
Kegunaan harian juga dipertingkatkan dengan pemasangan meter LCD 5-fungsi yang menyalurkan maklumat paparan jam dan kunci bulat yang memudahkan pengguna memakirkan basikal. Model 2021 itu ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu "matt black," "white ole," dan "gloss blue," pada harga Yen 173,800 (RM6,573).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024