Modifikasi

Yamaha FZ Jadi Cafe Racer, Inspirasi Daripada Model RX100

Erywan
17/04/2020
05:57 MYT
Sponsor Banner
Yamaha FZ Jadi Cafe Racer, Inspirasi Daripada Model RX100
Yamaha FZ adalah satu daripada motosikal yang disukai ramai terutamanya dalam segmen pengenalan asas di India. Tentunya kehadiran motor itu bersaing dengan Suzuki Gixxer dan Honda CB Hornet 160R. Modifikasi kali ini menggunakan model generasi pertama Yamaha FZ hasil sentuhan Gear Gear Motorcycles dari India. Hasil restorasi itu mengubah bentuk FZ menjadi lebih slim untuk kelihatan sama dengan model legenda Yamaha RX100.
Kebanyakan komponen badan ditanggalkan untuk pemasangan aksesori kustom bermula dengan tangki minyak RX100 dan pelana jenis rata. Apabila panel bahagian sisi ditanggalkan mendedahkan sebahagian komponen mekanikal jentera.
Kemudian pihak bertanggungjawab mengemas kini bahagian berkenaan dengan semburan cat hitam lalu dipadankan dengan tangki minyak warna kuning bagi meningkatkan gaya jentera berkenaan.
Bahagian ekzos turut diganti dengan sistem ekzos kustom manakala lampu jalur di belakang digabungkan di hujung pelana. Kombinasi brek cakera depan dan brek dram dari Yamaha FZ dikekalkan.
Lampu depan bulan menggunakan jenis halogen dan bar hendal digantikan dengan unit lumba scrambler lalu digabungkan dengan cermin sisi di hujungnya. Penggunaan tayar dual kegunaan dengan rim jejari menampilkan imej eksklusif, di samping meningkatkan pengendalian motosikal.
Sumber: maxabout
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar