Tempatan

Vespa Sprint S Dengan Papan Pemula TFT, Harga Bermula RM19,900

Erywan
23/09/2021
05:05 MYT
Sponsor Banner
Vespa Sprint S Dengan Papan Pemula TFT, Harga Bermula RM19,900
Didi Resources selaku pengedar rasmi motosikal Vespa di Malaysia memperkenalkan Vespa Sprint S yang dilengkapi dengan ciri papan pemuka TFT ke pasaran tempatan.
Pengenalan ciri itu membuatkan Vespa Sprint S selaku skuter pertama berseseran 150cc di Malaysia dilengkapi TFT.
Papan pemuka TFT berbentuk permata itu boleh disambungkan dengan peranti pintar menerusi aplikasi Vespa MIA. Skrin itu akan memaparkan pelbagai notifikasi seperti panggilan dan mesej. Sistem itu juga membolehkan anda menguruskan panggilan melalui joystick yang ada pada sebelah kiri hendal.
Vespa MIA juga berfungsi menyalurkan pelbagai maklumat termasuklah parameter tunggangan dan statistik perjalanan yang boleh dilihat di telefon pintar.
Bagi versi TFT, menampilkan Vespa Sprint S didatangkan dengan kombinasi warna kontras yang menarik membabitkan warna badan tembaga (Bronzo Antico) dikontraskan dengan kemasan berwarna hitam, manakala hitam (Nero Opaco) dipadankan dengan kemasan berwarna tembaga.
Ciri lain, ia menggunakan rim aluminium aloi bersaiz 12 inci dan sistem lampu LED. Vespa Sprint S itu dikuasakan enjin empat lejang iGet bersesaran 150cc yang menyalurkan kuasa 12.7hp dan tork 12.8Nm pada 6,500rpm.
Ia juga dilengkapi sistem brek ABS satu saluran dengan cakera bersaiz 200mm di depan dan brek gelendong di belakang. Vespa Sprint S TFT Edition dijual pada harga RM19,900 dan hadir bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024