Antarabangsa

Vespa Malaysia Lancar Barisan Model 2020 - Primavera S Special Edition 150 dan Vespa Sprint S 150

Erywan
05/06/2020
04:05 MYT
Sponsor Banner
Vespa Malaysia Lancar Barisan Model 2020 - Primavera S Special Edition 150 dan Vespa Sprint S 150
Bagi peminat Vespa di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd menawarkan dua model skuter ‘sporty’ dan bergaya dari rangkaian model 2020 menerusi Vespa Primavera S Special Edition 150 dan Vespa Sprint S 150.
Barisan Vespa 2020 itu menerima pembaharuan dan dipertingkatkan yang sangat sesuai untuk masyarakat di Malaysia yang aktif dan bergaya dari dari segenap lapisan umur dan jantina yang ingin mendapat perhatian.
Vespa Primavera S Special Edition 150
Vespa melancarkan Edisi Khas terbaharu dari versi paling bergaya. Primavera S menunjukkan ciri-ciri lebih ‘sporty’ dan berani bagi mereka yang mahukan kelainan.
Terdapat banyak ciri menarik yang ditambah membabitkan pelekat ‘sporty’ berbeza warna badan iaitu kelabu terang/gelap ke atas Orange Tramonto dan oren/kelabu ke atas Grey Stile.
Vespa Primavera S Special Edition dilengkapi rim aloi aluminium 12 inci yang menawarkan kestabilan serta meningkatkan lagi aspek keselamatan tunggangan semua keadaan permukaan jalan.
Bagi versi 2020, ia dipertingkatkan dengan ciri keselamatan lebih baik. Model ini kini dipadankan bersama lampu LED di bahagian depan dan belakang, lampu siang, sistem anti-kecurian (Immobilizer) dan brek depan ABS.
Bagi yang mahu mengecas gajet, anda kini tidak lagi perlu risau kerana Primavera S mempunyai port USB yang terletak pada ruang penyimpan barang di bahagian bawah hendal.
Prestasinya pula, Primavera S dipacu enjin iGet empat-lejang 150 cc satu silinder dengan fungsi penyejukkan udara, suntikan elektronik dan pengedaran 3-injap. Enjin itu lebih mesra alam, berprestasi dan jimat minyak.
Harga Vespa Primavera S Special Edition pula bermula dari RM18,300 dengan 2 pilihan warna yang menakjubkan iaitu Orange Tramonto (Glossy) dan Gray Stile (Matt).
Vespa Sprint S 150
Berbeza pula dengan Vespa Sprint S, ia tampak lebih menonjol dengan gaya sporty.
Bagi menyerlahkan lagi karakternya, Vespa Sprint S ditawarkan dengan 3 kombinasi warna baharu membabitkan Yellow Sole, Black Opaco dan White Innocenza serta warna popular iaitu Grey Materia
Vespa Sprint S memiliki perincian khusus seperti penutup hon merah, pelekat di bahagian badan dan spring berwarna merah. Tempat duduk Vespa Sprint S 2020 diperbaharui lebih baik dan unik dengan penampilan elegan ‘sporty’.
Vespa Sprint S 150 direka untuk menjadi yang terbaik dikalangan keluarga Vespa, ditambah pula pelbagai ciri baharu dipadankan untuk kelihatan sporty.
Dengan keseluruhan badan yang diperbuat dari keluli, Vespa Sprint S 150 adalah yang pertama dari kelasnya yang dipadankan dengan rim 12 inci.
Vespa Sprint S 150 turut dijana enjin i-Get empat lejang, satu-silinder dengan sensor barometrik untuk memastikan keseronokan, keyakinan dan kehebatan menunggang.
Dari segi harganya pula, ia lebih sedikit murah berbanding Primavera S Special Edition 150 selepas dijual bermula RM16,900.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024