Antarabangsa

Vespa 946 Louis Vuitton?

Erywan
13/01/2021
07:16 MYT
Sponsor Banner
Vespa 946 Louis Vuitton?
Penala terkenal di Rusia, Goldwingfetish.ru menghasilkan model eksklusifnya Vespa 946 Louis Vuitton.
Goldwingfetish.ru yang sebelum ini terkenal dengan mengubahsuai model Honda Goldwing, kini mengubah cita rasa lain dengan melakukan modifikasi Vespa 946.
Apa yang menariknya, Vespa 946 Louis Vuitton itu sesuai untuk dijadikan satu daripada barangan koleksi. Dari pandangan pertama, Vespa 946 Louis Vitton menarik perhatian dengan logo LV (Louis Vuitton) yang bergaya elegan. Lapisan logam pada Vespa 946 Louis Vitton dicat dengan warna biru.
Hasil logo LV cukup kemas dengan menarik perhatian, lebih-lebih lagi Vespa 946 ini juga adalah skuter yang cukup unik. Jika di Malaysia, Vespa 946 ini hanya ada beberapa unit sahaja, dan harganya juga sangat mahal.
Vespa 946 pertama kali dilancarkan pada 2013 dengan mempunyai rekaan Piaggio MP6 (1946) yang mempunyai lampu LED, skrin LCD dan banyak lagi.
Sebelum ini, Vespa 946 juga ditawarkan dengan kerjasama dengan jenama pakaian terkemuka seperti Emporio Armani hingga Christian Dior.
Buat masa ini, tiada maklumat lanjut tentang Vespa 946 Louis Vuitton. Malah, Louis Vuitton dan Vespa juga tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kuantiti yang dihasilkan dan harga skuter berkenaan.
Gambar Facebook Goldwingfetish.ru
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024