Tempatan

Toyota GR 86 Terima Sentuhan Gazoo Racing, Makin Macho Bro!

Erywan
30/07/2021
04:10 MYT
Sponsor Banner
Toyota GR 86 Terima Sentuhan Gazoo Racing, Makin Macho Bro!
Gazoo Racing tidak menunggu lama untuk melakukan perubahan lebih ekstrem terhadap Toyota GR 86 dengan memperkenalkan beberapa komponen tambahan untuk kereta sport kompak itu.
Model konsep yang menggunakan jentera asas GR 86 yang diperkenalkan sebelum ini itu menerima proses modifikasi dari segi penampilan serta juga prestasi pengendaliannya.
Pada bahagian hadapannya, boleh lihat dengan penambahan splitter material gentian karbon sekali gus boleh meningkatkan downforce.
Saluran udara pada jeriji juga lebih terbuka untuk meningkatkan penyejukan enjin lebih optimum. Pada masa sama, dapra sisi juga lebih lebar sehingga 43mm serta mempunyai saluran udara.
Pada bahagian sisi, ia ditambah dengan skirt yang unik dikatakan mampu mengurangkan daya seretan, selain menggunakan rim 19 inci tempaan aluminium balutan Tayar Bridgestone Potenza.
Ia juga lebih rendah selepas menggunakan kit suspensi dengan penukaran penyerap dan spring. Pada masa sama, Gazoo Racing juga menukarkan brek yang lebih besar.
Jika lihat pada bahagian belakang, ia dilengkapi spoiler tinggi serta bampar baharu yang kelihatan menggunakan sistem ekzos sport GR. Pada bampar itu kelihatan beberapa kemasan gentian karbon turut digunakan untuk meningkatkan lagi daya tarikannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024