Antarabangsa

TOM’s Racing Tubuh Tabung Derma Untuk Restorasi Toyota Supra Super GT Jepun

Erywan
14/07/2020
04:44 MYT
Sponsor Banner
TOM’s Racing Tubuh Tabung Derma Untuk Restorasi Toyota Supra Super GT Jepun
Mereka yang mengikuti perlumbaan siri Super GT Jepun pasti mengingati Toyota Supra TOM's Racing dengan livery Castrol yang cukup popular pada era 90an.
Anda mungkin berfikir bahawa jentera yang ikonik seperti itu pastinya disimpan dengan elok di dalam garaj atau muzium selepas ia tidak lagi digunakan untuk berlumba.
Namun, sebenarnya jentera terbabit baru sahaja ditemukan di dalam sebuah unit penyimpanan di wilayah Chugoku di Jepun. Tidak pasti bagaimana kereta itu berada di sana, namun ia kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan di dalam unit penyimpanan tersebut.
Untuk memulakan proses restorasi, TOM’s Racing menubuhkan satu tabung kutipan derma menerusi kempen ‘crowdfunding’ dengan sasaran sebanyak 50 juta yen (RM1.9 juta).
Sasaran pertama iaitu 10 juta yen akan membabitkan restorasi aspek kosmetik untuk bahagian luaran dan dalaman, manakala sasaran kedua iaitu 30 juta yen akan disalurkan untuk kerja membaik pulih enjin dan sebagainya memastikan Supra itu boleh dipandu semula.
Jika kempen itu mencapai sasaran muktamadnya, TOM’s Racing akan menggunakan dana berkenaan untuk meletakkan semula jentera itu di litar lumba.
Supra TOM’s Racing Castrol membuat kemunculan pertamanya di arena perlumbaan ketika kejohanan All-Japan Grand Touring Car Championship 1995.
Dengan Nissan Skyline GT-R sebagai pesaing utama, Toyota tidak menggunakan enjin 2JZ sebaliknya meletakkan kepercayaan mereka pada enjin turbo 2.0-liter (3S-GT) dengan 493hp/600Nm yang digunakan pada satu lagi jentera lumba ikonik Toyota iaitu Celica WRC. Supra itu merangkul kemenangan pertamanya pada 25 Jun 1995 di Sendai Hi-Land Raceway sebelum memenangi beberapa lagi perlumbaan dalam kejohanan berkenaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024