Antarabangsa

Tengku Djan, Hayden Dan Shawn Masing-Masing Menang Tempat Pertama di Toyota Vios Challenge, Pulau Pinang.

Erywan
16/02/2020
06:01 MYT
Sponsor Banner
Tengku Djan, Hayden Dan Shawn Masing-Masing Menang Tempat Pertama di Toyota Vios Challenge, Pulau Pinang.
Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley menepati jangkaan awal selepas memenangi perlumbaan pertama Toyota Vios Challenge dalam kategori Super Sporting di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.
Beliau memulakan perlumbaan pertama Toyota Vios Challenge itu dengan baik sekali gus mendahului 2.3 saat dihadapan pelumba Kegani Racing, Kenny Lee. Bagaimanapun, Lee tidak bernasib baik apabila dia terlanggar dinding pada pusingan kesembilan perlumbaan dan ia memberi peluang kepada pelumba Laser Motor Racings, Mark Darwin dan Dream Chasers, Brendan Paul Anthony sehingga tamat perlumbaan.
Bagi kategori Sporting pula, pelumba Aylezo Motorsports, Mirza Syahmi Mahzan mendahului pada awal perlumbaan yang diikuti pelumba S&D Motorsports’, Hayden Haikal,; Panglima City Racing Team’s, Kenneth Koh dan Crestmax Motorsports’, Adam Khalid.
Pada pusingan keempat pelumbaan, perbezaan masa antara Mirza dan Hayden hanya 0.5 saat, tetapi nasib tidak menyebelahi pelumba Aylezo Motorsports itu apabila dia melakukan kesilapan dan melanggar dinding sehingga tidak dapat menerusi pertandingan. Ia memberi peluang kepada Hayden untuk mendahului perlumbaan dengan meninggal jauh pesaingnya di tempat kedua iaitu Kenneth dengan perbezaan masa antara tiga sehingga lapan saat.
Hayden yang baru sahaja berumur 16 tahun tiba digarisan penamat terlebih dahulu dan diikuti Kenneth di tempat kedua, manakala ketiga dimenangi Adam.
Sementara itu, kategori Promotional yang dibarisi selebriti terpaksa berlumba di litar basah dimana mereka memulakan perlumbaan dengan mengikuti di belakang kereta keselamatan sebanyak enam pusingan. Bagi kategori itu, Shawn Lee memenangi tempat pertama yang dikuti Nabil Ahmad dan Shukri Yahaya. Shawn berkata, perlumbaan itu sangat sukar dengan pelumba lain yang mengekorinya terlalu dekat.
“Saya cuba memisahkan dengan pelumba lain, tetapi saya melakukan satu kesilapan dan memberi peluang kepada Nabil mengekori dengan dekat.
“Lihat keadaan jalan yang basah, saya cuba untuk berlumba dengan selamat bagi mengelakkan sebarang kesilapan,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024