Tempatan

Teaser Rasmi Honda Civic Type R, Bakal Diuji Di Litar Nurburgring

Erywan
05/10/2021
01:39 MYT
Sponsor Banner
Teaser Rasmi Honda Civic Type R, Bakal Diuji Di Litar Nurburgring
Model yang paling yang ditunggu-tunggu, Honda akhirnya menyiarkan imej teaser Civic Type R generasi baharu.
Hot hatchback itu bakal ‘bertolak’ ke litar Nurburgring, Jerman atau lebih dikenali ‘The Green Hell’ untuk ujian tambahan.
Civic Type R yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan itu dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna merah-hitam sebelum kemunculan sulungnya nanti.
Apa yang menariknya, pelekat penyamaran itu bukan bercorak biasa tetapi mempunyai rekaan grafik model Civic Type sebelumnya membabitkan EK9, FD2R, FN2R dan FK8R.
Berdasarkan gambar teaser itu, diasaskan dari Civic Hatchback dengan menampilkan lampu hadapan dan belakang yang sama.
Biarpun dibaluti pelekat penyamaran, bampar tepi hadapan masih lagi boleh kelihatan ruang udara yang lebih luas seperti model Civic FK8R sebelum ini, selain dapra tepi kelihatan sedikit lebar berbanding versi biasa. Kelihatan juga jeriji turut diberi sentuhan seperti sarang lebah.
Pada bahagian belakang, bampar belakang pula diberikan diffuser dan masih dilengkapi dengan tiga muncung ekzos di tengah-tengahnya seperti FK8R. Cuma yang nampak lebih agresif, Civic Type R generasi baharu itu dilengkapi spoiler lebih tinggi seperti GT-Wing.
Memandangkan ia model paling hebat dalam Civic, ia menggunakan rim besar dengan penggunaan Tayar Michelin Pilot Sport serta dilengkapi brek Brembo seperti FK8R.
Berhubung rangkaian kuasanya, Honda masih lagi ‘mengunci’ mulut untuk mendedahkannya. Bagi FK8R ia menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 306hp dengan tork setinggi 400Nm dengan padanan kotak gear manual enam kelajuan.
Namun ada spekulasi mendakwa bahawa Civic Type R baharu itu bakal menerima versi plug-in hibrid. Ada juga khabar angin mengatakan model itu bakal dilengkapi dengan tiga motor elektrik sebagai tambahan kepada enjin 2.0 liter turbo yang mampu menyalurkan 400PS dengan pacuan semua roda.
Bagaimanapun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi Honda nanti.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024