Antarabangsa

SSC Tautara Raja Baharu, Kalahkan Rekod Kelajuan Koenigsegg Agera RS Tiga Tahun Lalu.

Erywan
20/10/2020
07:15 MYT
Sponsor Banner
SSC Tautara Raja Baharu, Kalahkan Rekod Kelajuan Koenigsegg Agera RS Tiga Tahun Lalu.
Kalau kita berbicara kenderaan produksi yang pernah mencatatkan kelajuan terpantas dalam Guiness World Record, mungkin terlintas nama Koenigsegg Agera RS. Jentera hypercar itu pernah mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 447km/j pada 2017.
Namun tidak sampai tiga tahun Koenigsegg Agera RS memegang rekod itu, ia kini dikatakan sudah dipecahkan hypercar buatan Amerika Syarikat iaitu SSC Tautara.
SSC Tautara memecah rekod itu pada 10 Oktober lalu dengan kelajuan maksimum purata adalah 508.73km/j. Ujian kelajuan itu dibuat dua kali, pertama ia memecut sehingga 484.53km/j, manakala 532.9km/j pada kali kedua.
Hypercar itu melakukan ujian di State Route 160 di luar Las Vegas dengan panjang jarak litar mencecah tujuh batu (11.26km). Ia juga adalah tempat sama di mana Agera RS melakukan ujian sebelum ini.
Bagi memecah rekod kelajuan maksimum itu, SSC Tautara menggunakan enjin 5.9 liter V8 turbo berkembar. Ia menghasilkan output 1,350hp jika menggunakan bahan api Oktana 91, manakala E85 Ethanol boleh menyalurkan 1,750hp.
Enjin itu juga berkemampuan menyalurkan tork setinggi 1,735Nm yang mana kuasa itu disalurkan ke transmisi tujuh kelajuan. Berat keringnya, hanya 1,247kg selepas banyak komponen badan menggunakan material gentian karbon.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024