Tempatan

Shell Advance AX7, ada dua gred minyak enjin baharu, enjin lebih lancar dan jimat minyak

Erywan
25/06/2019
05:35 MYT
Sponsor Banner
Shell Advance AX7, ada dua gred minyak enjin baharu, enjin lebih lancar dan jimat minyak
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan dua varian baharu minyak enjin motosikal separa sintetik Shell Advance AX7 iaitu 10W-30 dan 15W-50.
Harganya pula, kedua-duanya dijual pada RM33.90 bagi setiap pek 1 liter (harga runcit yang disyorkan) dan ia menjadi pelengkap kepada Shell Advance AX7 10W-40 yang sedia ada.
Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata, Shell Advance AX7 kini ditawarkan tiga gred kelikatan minyak pelincir.
“Ini membolehkan penunggang motosikal memilih minyak enjin separa sintetik premium dari Shell Advance yang benar-benar menepati keperluan mereka,” katanya.
Ketiga-tiga gred itu dirumuskan dengan Teknologi Active Cleansing oleh Shell yang memberikan perlindungan lengkap untuk motosikal. Ia membabitkan:
Shell Advance AX7 15W-50 yang lebih pekat menjanjikan kelancaran penghantaran kuasa dan perlindungan lebih baik bagi enjin digunakan dalam tempoh lama dalam keadaan tekanan enjin yang tinggi.
Shell Advance AX7 10W-30 yang mempunyai kelikatan lebih rendah menawarkan ekonomi bahan api yang lebih baik. Ia memberi perlindungan enjin yang membolehkan tambahan perjalanan sehingga 3 km lebih berbanding dengan minyak mineral.
Shell Advance AX7 10W-40 yang sedia ada pula mempunyai formulasi seimbang bagi memenuhi keperluan hampir semua jenis motosikal bagi penunggangan harian. Ia amat sesuai untuk memberikan perlindungan bagi keadaan lalu lintas yang terhenti-henti.
Antara manfaat yang ada pada minyak pelincir itu membabitkan:
  • Enjin yang 33 peratus lebih bersih
  • Perlindungan 29 peratus lebih baik pada suhu yang tinggi
  • Penambahan jarak perjalanan sejauh 3 km bagi setiap liter bahan api
  • Perlindungan dari kehausan yang 36 peratus lebih baik berbanding had industri
  • Tiada kehilangan kuasa walaupun selepas perjalanan sejauh 12,000km
Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan untuk mengikut cadangan pengilang (OEM) berkenaan gred kelikatan dan penarafan kualiti minyak enjin, sebagaimana yang dinyatakan dalam manual pemilik untuk mendapatkan prestasi yang optimum.
Produk baharu itu diadun dan dipek di Malaysia, serta dilengkapi dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ di bahagian hadapan untuk pengecaman produk Shell Advance tulen untuk dijual di Malaysia.
Label baharu di bahagian hadapan boleh ditanggalkan untuk mendedahkan kod QR yang unik bagi membuat pengesahan ketulenan produk dengan segera, sementara label di belakang menampilkan maklumat produk dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024