Antarabangsa

Rocket Bunny Tawar Pakej Kit Badan Toyota GR Yaris, Lain Macam!

Erywan
17/09/2020
04:16 MYT
Sponsor Banner
Rocket Bunny Tawar Pakej Kit Badan Toyota GR Yaris, Lain Macam!
Rocket Bunny dikenali dengan kreativiti menghasilkan kit badan dengan gaya luar biasa, lebih-lebih lagi bahagian fender yang cukup besar untuk melindungi tayar serta rim profil lebar.
Kini, Rocket Bunny menawarkan pakej untuk menukar imej standard Toyota GR Yaris menjadi sebuah hot hatch seperti bakal beraksi dalam sukan lumba rali dunia.
Jika dilihat, ada satu lubang bersaiz besar di bahagian hadapan membenarkan aliran udara masuk tanpa sekatan terus ke intercooler. Bahagian bawah gril nampaknya jaring.
Di bahagian sisi bampar depan, ada dua kanard besar berwarna hitam dipasang untuk membantu menghala aliran udara keluar untuk meningkatkan faktor aerodinamik. Sebagai tambahan, ada splitter di bawah bampar untuk membantu tugas itu.
Kit badan Rocket Bunny pula menyaksikan bahagian sisi kereta menerima fender bersaiz besar.
Jika dilihat, fender belakang ada bolong untuk menyalurkan udara ke kawasan rim belakang sebelum keluar menerusi bolong kedua di bampar belakang. Fungsinya untuk mengurangkan haba dan kepanasan sistem brek.
Satu spoiler gergasi di belakang perlu disokong dengan batang rod yang diikat pada badan kereta. Di belakang juga ada padanan bambar baharu dengan dua bolong aliran keluar udara panas.
Setakat ini, tiada maklumat sama ada enjin kereta ini mendapat sentuhan modifikasi baharu. Toyota GR Yaris sebenarnya sebuah hot hatch berprestasi dengan enjin tiga silinder berkapasi 1.6 liter bersama pengecas turbo. Ia mampu menjana kuasa 257hp (model Eropah) dan 268hp (versi di Jepun).
Kereta ini menggunakan kotak gear manual enam kelajuan dengan sistem pacuan semua roda dan LSD Torsen pada setiap gandar.
Tetapan ini membantu hot hatch ini mencapai kelajuan 100 kilometer dalam masa kurang daripada 5.5 saat. Apapun, Toyota mengehad kelajuan maksimum kepada 230 kilometer sejam.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024