Tempatan

Pengeluar Telefon Pintar Xiaomi Rancang Bina Kereta Elektrik Dengan Bantuan Great Wall

Erywan
21/04/2021
06:29 MYT
Sponsor Banner
Pengeluar Telefon Pintar Xiaomi Rancang Bina Kereta Elektrik Dengan Bantuan Great Wall
Pengeluar gajet terbesar China, Xiaomi adalah sebuah syarikat terkini yang melihat kepada peluang membangunkan kenderaan elektrik sendiri. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang berbincang dengan pengeluar kenderaan Great Wall bagi menggunakan satu daripada kemudahan jenama itu di China untuk pemasangan kenderaan elektrik mereka.
Difahamkan kedua-dua jenama itu bakal mengumumkan kerjasama mereka secepat mungkin. Sekiranya perbincangan berjalan dengan lancar, ia akan menjadi projek pertama Great Wall menawarkan servis pemasangan ke syarikat luar dengan tawaran bimbingan kejuruteraan bagi mempercepatkan projek.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiomi, Lei Jun dikatakan percaya kepakaran Xiomi dalam pemasangan peralatan membantu meningkatkan pengeluaran dan rekaan kenderaan elektrik.
Xiaomi dilaporkan bakal memperkenalkan kenderaan elektrik pertama sekitar 2023 dan menginginkan kenderaan mereka dihubungkan dengan peranti lain bagi produk eco sistem. Di samping telefon pintar, syarikat teknologi China itu juga menawarkan pelbagai jenis peranti yang terhubung dengan internet merangkumi segalanya, dari tracker kecergasan hingga skuter dan periuk nasi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024