Tempatan

Naza Automotive Group anjur kempen Tahun Baru Cina, lebih banyak Ong!

Erywan
09/01/2020
07:02 MYT
Sponsor Banner
Naza Automotive Group anjur kempen Tahun Baru Cina, lebih banyak Ong!
Sempena kehadiran Tahun Baru Cina, Naza Automotive Group menawarkan tawaran menarik bagi segmen keretanya.
Di bawah syarikat itu, ia mempunyai beberapa jenama kenderan membabitkan Naza Kia Malaysia. Bagi pengedar rasmi kenderaan Kia di negara ini, ia melancarkan kempen ‘More Ong, More Huat’ sempena Tahun Baru Cina. Pemilik kenderaan Kia yang didaftarkan bermula 7 Januari hingga 29 Februari 2020, mereka layak mengambil bahagian dan berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif termasuk hadiah utama Kia Picanto.
Syarikat itu juga akan memberikan lapan baucar petrol bernilai RM1,000 setiap bulan, manakala lapan pemenang mingguan dengan menerima kad Touch N Go bernilai RM200.
Naza Kia Malaysia juga semua model Kia ditawarkan dengan jaminan lima tahun tanpa had jarak perbatuan, selain menikmati tukar minyak pelincir secara percuma selama dua tahun serta akses ke Sky Lounge oleh NAZA semasa tempoh perayaan ini.
Naza Euro Motors selaku pengedar rasmi Citroën di Malaysia, mengadakan kempen 'Citroën Prosperity Drive' dari sekarang hingga 29 Februari 2020. Pelanggan yang membeli Citroën C3 Aircross pada harga RM115,888 bakal menerima 'Ang Pau bernilai RM8,888 dan Servis Percuma 3 Tahun.
Selain itu, Nasim Sdn Bhd bagi pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, menawarkan Perkhidmatan Percuma 3 Tahun yang termasuk komponen dan caj buruh dengan setiap pembelian kenderaan Peugeot.
Sementara itu, Naza Motor Trading menawarkan harga istimewa bagi model kenderaan mewah terpilih dengan kempen '888 Prosperity CNY Deals'.
Anda boleh mengunjungi Naza Automall, Petaling Jaya bermula dari hari ini hingga 24 Januari 2020. Kenderaan yang ditawarkan membabitkan Mercedes-Benz CLA180, Mercedes-Benz C200, Mercedes-Benz GLA180, Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Toyota Estima dan Toyota Harrier.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024