Antarabangsa

Mini Cooper ‘S’ Mk. I dilamar dengan RM101,250

Erywan
17/06/2019
04:38 MYT
Sponsor Banner
Mini Cooper ‘S’ Mk. I dilamar dengan RM101,250
Barang buruk mungkin sampah bagi sesetengah orang, tetapi amat bernilai untuk mereka yang mempunyai minat mendalam.
Begitu kisahnya dengan Austin Mini Cooper ‘S’ Mk. I tahun 1966 ini. Kereta kecil yang lusuh warnanya itu dijumpai di bawah sebuah akuarium di dalam sebuah bangsal. Ia dikelilingi dengan sejumlah kotak.
Kereta unik ini direka oleh Alec Issigonis pada 1959, iaitu sebuah konsep baharu dalam rekaan kenderaan.
Ia menggunakan kerangka monokok dengan enjin posisi lintang selain dipacu oleh roda hadapan. Model Mini 'baharu' (ketika zamannya) ini dalam sekelip mata menjadi kegilaan dan popular dalam kalangan peminat.
Model itu diperkenalkan pada Februari 1964, Mini Cooper S berkapasiti 1,275cc mempunyai enjin dengan kuasa tarikan tork menarik. Percaya atau tidak, ia masih diburu peminat Mini lama. Ia menggunakan sistem suspensi hidrokenyal sama seperti rangkaian Mini pada tahun lewat 1964.
Sejak awal tahun 1966, komponen tangki minyak tambahan dan penyejuk minyak menjadi barangan standard. Model 1275cc 'S' terbabit kekal dalam produksi sehingga September 1967 iaitu selepas pengenalan versi Mk. II.
Jentera pemanduan kanan itu dibina di United Kingdom dan mula didaftarkan untuk kegunaan atas jalan raya pada 10 Februari 1966.
Biarpun begitu, sejak ditemui dalam bangsal, ia masih perlu menjalani fasa restorasi sepenuhnya. Kereta itu dipasang tempat duduk jenama Recaro. Pada awalnya, harga lelongan jangkaannya mencecah antara £14,000 (RM74,450) dan £18,000 (RM95,720). Bagaimanapun, ada orang sudah memilikinya dengan bayaran sebanyak £19,040 (RM101,250).
Sumber: Historics
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024