Antarabangsa

Marquez Dan Rossi Akan Berlumba Hujung Minggu Ini, Tetapi Dalam Perlumbaan E-Sport.

Erywan
25/03/2020
08:36 MYT
Sponsor Banner
Marquez Dan Rossi Akan Berlumba Hujung Minggu Ini, Tetapi Dalam Perlumbaan E-Sport.
Juara bertahan Marc Marquez dan legenda MotoGP Valentino Rossi adalah antara nama bintang yang ditetapkan untuk bertarung dalam perlumbaan MotoGP E-Sports pada hujung minggu ini.
Menurut laporan motorsport.com, musim MotoGP 2020 ditangguhkan berikutan wabak Covid-19, perlumbaan Qatar pada bulan ini dibatalkan, sementara Thailand, Amerika dan Argentina turut ditunda ke tarikh lain.
Bagi mengisi kekosongan itu, penganjur MotoGP iaitu Dorna Sports mengumumkan sisi perlumbaan Esport yang menampilkan beberapa pelumba tersohor menggunakan permainan MotoGP 2019.
Pelumba pasukan Honda, Marquez dikatakan akan menyertai perlumbaan itu yang turut disertai Rossi, Maverick Vinales, Fabio Quartararo, Alex Rins dalam perlumbaan di tempat Grand Prix Itali, Mugello.
Perlumbaan itu mempunyai format tersendiri yang mana mereka perlu diberi lima minit untuk ujian kelayakan bagi menentukan posisi petak permulaan. Perlumbaan itu berlangsung dengan enam pusingan.
Turut difahamkan, perlumbaan itu akan disiarkan pada Ahad ini menerusi laman sesawang motogp.com dan di rangkaian televisyen lain di seluruh dunia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024