Tempatan

Manhart Bikin Tesla Model 3 Supaya Tampil Tidak Membosankan, Sporty Dan Lebih Laju

Erywan
06/09/2021
05:04 MYT
Sponsor Banner
Manhart Bikin Tesla Model 3 Supaya Tampil Tidak Membosankan, Sporty Dan Lebih Laju
Syarikat penala Jerman, Manhart mencari idea baharu untuk menghiasi kenderaan elektrik (EV), Tesla Model 3 supaya tampak sporty dan tidak membosankan.
Ini mungkin satu ciptaan baharu untuk Manhart dalam model EV, kerana syarikat itu sebelum ini terkenal dengan memberi sentuhan kepada BMW dan MINI, selain beberapa jenama lain termasuk Volkswagen, Audi, Porsche, Lamborghini, Land Rover serta Toyota.
Dari segi luaran, Tesla Model 3 ini diubah supaya tampak sedikit garang dengan dilengkapi kemasan warna merah pada bonet, but, sisi dan cermin sisi.
Pada bampar hadapan, Manhart tambah kawasan itu dengan lakaran berbentuk sarang lebah (honeycomb), selain dipadankan rim 21 inci Baracuda dengan kemasan warna kelabu platinum.
Suspensi kenderaan juga direndahkan dengan menggunakan gegelung H&R untuk tampak sporty, selain untuk meningkatkan pengendalian.
Prestasinya, Manhart membangunkan MHTronik Powerbox untuk meningkatkan kuasa Tesla Model 3 itu. Hasilnya, ia boleh menyalurkan 543hp dengan 720Nm yang mana kuasa itu disalurkan ke pacuan semua roda. Kuasa itu meningkat 37hp dan 60Nm berbanding model standard.
Ruang dalamannya, tiada apa-apa perubahan yang dilakukan dan ia masih lagi standard. Jadi lapisan cermin lebih gelap digunakan untuk menutup bahagian dalaman yang standard itu.
Harganya pula, Manhart menjualnya pada €74,900 (RM368,497) iaitu ia lebih mahal €20,000 (RM98,397) berbanding standard bagi varian Tesla Model 3 Performance.
Agak mahal, tetapi jika mahu memiliki kenderaan elektrik ini tampak menyerlah dan mahu prestasi yang padu, ini adalah pilihannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024