Tempatan

Laris! Jualan Isuzu D-Max Baharu Di Malaysia Meningkat 100 Peratus

Erywan
05/07/2021
06:18 MYT
Sponsor Banner
Laris! Jualan Isuzu D-Max Baharu Di Malaysia Meningkat 100 Peratus
Jualan Isuzu D-Max serba baru di Malaysia melonjak dengan kadar 100 peratus peningkatan untuk tempahannya sejak ia mula diperkenalkan sekali gus mencerminkan fenomena global yang menyaksikan kenaikan ketara permintaan terhadap trak pikap itu.
Purata tempahan dalam sebulan yang diterima kini lebih daripada 1,200 unit sejak ia dilancarkan pada April lalu mencatatkan lonjakan berbanding purata bulanan sebelum ini yang hanya 500 unit.
Corak sama turut dikongsi bersama pasaran lain seperti Australia, New Zealand dan Thailand yang menyaksikan pertumbuhan jualan juga semakin tinggi selepas jentera itu tampil rekaan sporty dan segar, aspek ergonomik yang diperkaya serta kejuruteraan lebih baik.
Varian paling laris adalah 1.9-liter Premium (Auto) dengan mencatatkan 36 peratus, manakala 61 peratus adalah pembeli daripada Semenanjung. Nampaknya, ia mengubah corak tradisional dengan nisbah 60/40 yang mana bahagian besar itu biasanya disumbangkan oleh pasaran Malaysia Timur.
Bagi model flagship terbaru , X-Terrain yang dikuasakan oleh enjin 3.0 liter yang dipertingkat mencatatkan 17 peratus daripada jumlah keseluruhan. Walaupun dengan kadar cukai jalan lebih mahal, lebih separuh daripada jualan X-Terrain datangnya dari Semenanjung.
Isuzu D-Max mula menawarkan pilihan untuk memenuhi segmen gaya hidup dalam pasaran tempatan, 81 peratus pembelinya menyatakan bahawa mereka akan menggunakan trak pikap bagi kedua-dua tujuan kerja dan santai.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, penerimaan terhadap model baru itu sangat positif, mengambil kira kekangan ketika ini untuk mendekati dan mengalami sendiri kelebihannya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan protokol keselamatan yang dikenakan ketika ini.
“Sasaran semasa kami adalah untuk memastikan serahan trak pikap ini berjalan lancar, selamat dan tepat masa kepada pemiliknya, walaupun dalam mendepani cabaran pengurusan serta logistik baik di pasaran tempatan mahupun global," katanya.
Baca juga: >> Isuzu D-Max Serba Baharu Lancar Secara Rasmi - X-Terrain Varian Flagship Harga RM141,938
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024