Tempatan

Lamborghini Aventador S Roadster Ini Kaya Tradisi Korea, Tawar Hanya 2 Unit Sahaja

Erywan
17/08/2021
03:29 MYT
Sponsor Banner
Lamborghini Aventador S Roadster Ini Kaya Tradisi Korea, Tawar Hanya 2 Unit Sahaja
Lamborghini Seoul melancarkan Aventador S Roadster Korean Special Series dengan menawarkan dua unit kereta sport super V12 edisi terhad hanya untuk peminat Lamborghini di Korea.
Korea Aventador S Roadster Special Series dibangunkan bersama oleh Automobili Lamborghini dan Lamborghini Seoul yang didedikasikan untuk pelanggan Korea bagi sokongan mereka selama ini.
Pusat reka bentuk Lamborghini Automobil, Centro Stile, memimpin reka bentuk model V12 edisi terhad itu dengan menggunakan inspirasi tradisi Korea yang kaya dan unik.
Bahagian luarnya mempamerkan dua warna utama Korea. Green Ocno melambangkan 'sentimen Korea yang hangat' dan Blue Emera melambangkan 'kecerdasan dan kebijaksanaan’.
Dalaman pula diceriakan warna Bianco Leda, yang melambangkan 'perlumbaan berpakaian putih' yang bermaksud semangat kebangsaan Korea.
Selain itu, bonet depan, panel pintu kiri dan kanan, dan fender belakang, terdapat corak tingkap tradisional Korea untuk memberi sedikit kelainan dalam penampilannya.
Dari segi prestasinya, ia masih menggunakan enjin V12 berkapasiti 6.5 aspirasi biasa yang menyalurkan 740hp dengan tork 690Nm.
Ia mampu memecut 0-100km/j dalam masa tiga saat, 0-200km/j hanya sembilan saat dan kelajuan maksimum adalah 350km/j.
Untuk kuasa hentiannya pula, ia boleh melakukan brek 100-0 km/j hanya dalam jarak 31 meter. Buat peminat K-Pop, boleh la fikir untuk memilikinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024