Antarabangsa

KTM Dan Bajaj Auto Siap Sedia Hasilkan Skuter Elektrik

Erywan
21/04/2020
06:45 MYT
Sponsor Banner
KTM Dan Bajaj Auto Siap Sedia Hasilkan Skuter Elektrik
Pengeluar motosikal popular Austria, KTM nampaknya sedang melakukan persiapan untuk melancarkan skute elektrik dengan bantuan Bajaj Auto di India.
Khabarnya skuter elektrik KTM akan dihasilkan menerusi kilang milik Bajaj Auto di Pune, India dengan pengeluaran dijangka bermula 2022. Pengenalan model baharu ini akan dibuat seawal tahun depan.
KTM sebelum ini ada memperkenalkan dan melancarkan motosikal elektrik Freeride E-XC. Difahamkan, KTM dan Bajaj akan melancarkan satu barisan produk elektrik dalam segmen motosikal, skuter dan basikal ke pasaran India serta memberi tumpuan kepada beberapa pasaran antarabangsa.
Pengerusi Eksekutif Pierer Mobility, Stefan Pierer menyatakan ia sebahagian daripada pelan pembangunan kenderaan elektrik PTW (Powered Two Wheeler) dengan voltan rendah 48v sedang dibangunkan bersama Bajaj.
Pierer Mobility dahulunya dikenali sebagai KTM Industries Group dan jenama KTM adalah dibawahnya. Model skuter elektrik KTM dan Bajaj memiliki reka bentuk ekstrem khususnya pada kerangka utama dan tona oren menyerlah pada kedua-dua roda.
Kemungkinan besar skuter baharu ini akan dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran serta beberapa teknologi termaju.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024