Antarabangsa

Kit Turbo Spoon Bantu Tingkatkan Kuasa Honda Civic Dari 173 kepada 275PS

Erywan
13/08/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
Kit Turbo Spoon Bantu Tingkatkan Kuasa Honda Civic Dari 173 kepada 275PS
Syarikat talaan Jepun yang sinonim dengan jenama Honda, Spoon Sport nampaknya sudah menawarkan unit pengecas turbo baharu, lebih besar untuk lebih dos berkuasa.
Produk ini dicipta untuk model Civic generasi ke-10 dan cukup sesuai diganti pada unit turbo standard keluaran kilang Honda, sesuai untuk model FK7 (hatchback), FC1 (sedan) dan FC3 (coupe).
Produk untuk kod enjin L15C ini dibangunkan dengan kerjasama pihak Mitsubishi Heavy Industries (MHI). Bukan hanya dengan MHI, pihak Spoon juga membabitkan Hondata untuk projek ini. Fokus mereka ialah enjin 1.5 liter turbo Civic.
Unit turbo baharu ini meningkat output kuasa kepada 275PS dengan tork setinggi 414Nm, peningkatan mendadak berbanding sedan standard 173PS dan 220Nm atau hatchback di Jepun (182PS dan 240Nm).
Produk ini mempunyai reka bentuk mirip unit turbo standard, sekali gus menjadikan keraja-kerja pemasangan lebih mudah. Cumanya, output itu boleh dinikmati dengan memasang peranti Unit Kawalan Enjin Hondata FlashPro.
Perlu diingatkan, ini cuma sesuai untuk kotak gear manual dan lebih wajar tukar sekali sistem klac kerana komponen standard tidak mampu menampung anjakan kuasa setinggi ini.
Jika mahu menikmati prestasi luar biasa pada Honda anda, harga yang perlu dibayar cuma 250,000 Yen a atau RM9,900. Ini tidak termasuk ECU Hondata dan klac.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024