Tempatan

Juara Velocity ESport Toyota Gazoo Racing menang RM20,000

Erywan
23/09/2019
03:41 MYT
Sponsor Banner
Juara Velocity ESport Toyota Gazoo Racing menang RM20,000
UMW Toyota Motor (UMWT) menjadi syarikat automotif pertama yang menyokong perkembangan pesat aktiviti sukan elektronik di sini sejak tahun lalu.
Ia diadakan buat kali kedua selepas tahun lalu menerima sambutan menggalakkan daripada peminat-peminat ESport.
Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Pavilion Kuala Lumpur, menyaksikan seramai 700 peserta yang bersaing sesama sendiri di dalam pusingan kelayakan yang diadakan secara masa-nyata bertempat di Cove ESport Hub, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor pada 31 Ogos, serta 1,14 dan 15 September.
Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) menjadi pelengkap kepada aktiviti-aktiviti sebenar dan berprestasi anjuran Toyota yang lain, antaranya termasuk perlumbaan litar jalanan Toyota Gazoo Racing Festival yang berlangsung empat kali setahun di beberapa lokasi seluruh negara.
Semua peserta menggunakan jentera Toyota GR Supra 2019, kereta flagship terbaru keluaran Toyota yang dibangunkan tidak hanya bagi kegunaan sukan permotoran sebenar, tetapi juga boleh dimanfaatkan dalam pertandingan Gran Turismo ESport.
Tahun ini, peserta akan berlumba di sekitar Fuji Speedway, Jepun yang juga sebuah litar terkenal dengan laluan sepanjang 1.475 km serta membabitkan satu laluan lurus yang terpanjang di dunia. 10 peserta akhir berentap sesama sendiri di dalam perlumbaan 10 pusingan di dalam tiga litar terbaik membabitkan Kyoto Driving Park, Suzuka Circuit dan Fuji Speedway.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, dalam era digital, tidak hairan sukan elektronik atau ESport menjadi sebuah industri yang semakin pesat berkembang, tidak hanya di Malaysia tetapi juga diperingkat global.
"Untuk itu, penglibatan Toyota di dalam ESport melalui Gazoo Racing dirasakan satu cara yang ideal kepada jenama ini untuk mempamerkan sisi sporty dan dinamiknya.
“Tahun lalu, kami berasa sangat gembira dengan sambutan yang diterima daripada khalayak terhadap penganjuran kali pertama acara berkenaan. Dan, tahun ini ia menjadi bertambah meriah," katanya.
Menariknya tahun ini, peserta yang mendapat tempat dari juara sehingga ke-20 semua akan menerima hadiah yang berjumlah RM70,000.
Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 dimemangi Mohd Shahril Nindar, Muhammad Uzair Abdul Nasir (tempat kedua) dan Mohammad Afif Suhaimi (tempat ketiga) yang masing-masing membawa pulang hadiah RM20,000, RM10,000 serta RM5,000.
Ini senarai pemenangnya:
1.Mohd Shahril Nindar 2.Muhammad Uzair Abdul Nasir 3. Mohammad Afif Suhaimi 4. Mior Muhammad Hafiz Mior Lahmudin 5.Ariff Roslan 6. Mohd Faizal Kamez 7. Mohd Taufiq Mohyin 8. Chau Jenn Yeh 9.Ayman Aqeem 10. Muhamad Safuan Syukri
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024