Modifikasi

Inilah Hasilnya Apabila Suzuki GSX-R1100 Kacuk Ducati 1098

Erywan
23/07/2020
07:06 MYT
Sponsor Banner
Inilah Hasilnya Apabila Suzuki GSX-R1100 Kacuk Ducati 1098
Suzuki GSX-R1100 hasil sentuhan pereka kustom Arno Overweel ini menarik perhatian ramai menerusi rekaan unik yang mengunakan kerangka Ducati 1098.
Ini bukanlah kali pertama Arno Overweel melakukan kacukan antara model berbeza, sebelum ini pereka kustom itu menggabungkan Honda VFR800 bersama GSX-R1100.
Karya terbarunya itu mengambil kira kejayaan superbike Suzuki GSX-R1100 dengan penggayaan superbike Ducati 1098. Jadi Arno perlu menanggalkan semua perincian yang tidak diperlukan. Selepas itu, menukar grip belakang Honda VFR kepada Ducati 1098.
Bagi melakukan perkara itu, Arno perlu mengubah beberapa komponen kerangka logam GSX-R1100 dan kemudian dikukuhkan dengan aluminium untuk meningkatkan kekuatan jentera dan pada masa sama memastikan berat ideal.
Di samping itu, Arno mereka semula sub kerangka baharu untuk disesuaikan dengan fork Showa dan suspensi HK. Bahagian belakang turut direka semula dengan rekaan lebih tajam yang digabungkan dengan lampu belakang bersama signal untuk memberikan penggayaan moden dan dinamik.
Suzuki GSX-R1100 itu juga mewarisi sepasang brek cakera Brembo milik Ducati 1098 bersama tayar prestasi tinggi Pirelli Dragon Supercorsa. Tidak ketinggalan brek cakera depan dan fender diambil dari Ducati Panigale sementara bahagian lampu utama, diambil dari Harley V-Rod.
Arno Overweel turut melakukan perincian prestasi pada Suzuki GSX-R1100 dengan menambah karburator 40mm Mikuni, penapis udara K&N, sistem ekzos keluli tahan karat 4 in1, pendawaian baharu dan pek bateri lithium-ion.
Penampilan akhir jentera itu disempurnakan dengan semburan cat biru inspirasi model Cafe Racer Jeroen Overweel.
Kredit Bike EXIF dan MotoSaigon
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024