Watch

Honda Skyline!

Public Anonymous User
12/09/2018
06:36 MYT
Sponsor Banner
Honda Skyline!
Transformasi wajah sebenar kenderaan sedia ada menjadi suatu model jenama lain bukan benda baru di Malaysia.
Proton boleh jadi produk jelmaan Mitsubishi atau Subaru. Perodua kembar seiras Daihatsu.
Di India, kami pernah paparkan Honda Accord masuk ke dalam dewan bedah dan keluar sebagai Lamborghini Avantador.
Kisah kali ini pula, Honda Civic dikacuk dengan Nissan. Apa yang pasti, ia tetap mempunyai gen dan kromosom daripada dunia JDM (Pasaran Domestik Jepun).
Pemilik asal Honda Civic SI tahun 2000 ini memilih menggunakan komponen dua model Nissan membabitkan Skyline dan Sylvia.
Honda Civic berwarna biru dengan imej bayangan nyalaan api di atas bonet ini dipasang lampu hadapan Sylvia S15 dan set lampu belakang datangnya dari model R34.
Enjin asal jenis VTEC dirobek untuk dimasukkan sejumlah besar komponen selepas jualan dari dua jenama utama iaitu AEM dan GReddy. Enjin juga disambung kepada sistem Nitrous Express. Satu kit intercooler dan radiator digunakan adalah dari Fluidyne.
Senarai komponen modifikasi enjin Civic ini agak panjang. Antaranya ialah sistem gear aci AEM, pengambilan udara AEM, penapis udara AEM, Injektor 720cc GReddy, tali sawat pemasaan B16 GReddy dan injap blow-off GReddy. Ada sistem turbo.
Ruang dalaman nampaknya menggunakan stereng dan kerusi jenama Sparco, binaan berasaskan material gentian kaca serta ada hiasan imej api menyala pada papan pemuka serta panel pintu.
Jika anda mahu membelinya, kereta Civic Skyline ini dijual dengan harga AS$8,500 (kira-kira RM35,300).
Jentera ini sudah dipandu 104,607 kilometer. Masih berminat? Sila buat pembelian di https://phoenix.craigslist.org.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024