Tempatan

Honda Civic EK9 Type R Kondisi Yang Cukup Baik, Dijual Lebih RM400,000!

Erywan
18/06/2021
05:15 MYT
Sponsor Banner
Honda Civic EK9 Type R Kondisi Yang Cukup Baik, Dijual Lebih RM400,000!
Bagi model JDM, harga tinggi yang ditawarkan buat masa ini adalah tidak lagi menjadi pelik. Ini kerana satu lagi rekod tercipta apabila Honda Civic EK9 Type R yang dijual secara bidaan di Jepun mencecah lebih 11 juta Yen (RM413,391).
Baik pasaran Malaysia atau negara lain, ada sahaja yang sanggup membayar mahal semata-mata untuk memiliki kenderaan JDM kerana ia mempunyai permintaan tinggi.
Honda Civic EK9 Type R ini boleh dikatakan mempunyai kondisi yang cukup bagus dan menjadi buruan peminat JDM global.
Berdasarkan daripada Facebook BHP Import, jentera itu dijual melebihi 11 juta Yen. Apa yang anda lihat ini, ia adalah keluaran 2000 dan kini sudah berumur 21 tahun, tetapi kelihatan seperti baru keluar dari kilang pengeluaran.
Dari segi luaran, ia masih menggunakan rim asal berwarna putih dengan badannya dicat kuning dan mempunyai nilai kondisi 5 (kondisi yang paling terbaik).
Ruang dalamannya pula, semua masih terjaga rapi termasuk tempat duduk kelihatan baru dan difahamkan jentera itu mempunyai jarak pemanduan kurang 5,000km.
Individu yang memiliki kenderaan ini, boleh dikatakan cukup bertuah kerana keadaan luaran, dalaman dan enjinnnya masih lagi dalam keadaan baik.
Malah, ia boleh dijadikan satu koleksi atau menjadi satu pelaburan kerana ia boleh dijual pada harga yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Untuk makluman, Honda Civic EK9 Type itu menggunakan enjin 1.6 liter yang menyalurkan 185PS dengan tork setinggi 160Nm. Ia juga menggunakan transmisi lima manual.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024