Tempatan

Ford Temui Kulit Bernilai USD100,000 Selepas Bersihkan Garaj

Erywan
31/03/2021
02:14 MYT
Sponsor Banner
Ford Temui Kulit Bernilai USD100,000 Selepas Bersihkan Garaj
Jika Ford tidak melakukan operasi pembersihan bahagian jabatan pembangunan produk, mereka sudah tentu tidak mengetahui memiliki material pembuatan yang tersimpan lama.
Ford mengemas kini pusat pembangunan itu untuk dimusnahkan bagi pembinaan kampus syarikat masa depan. Siapa sangka mereka menemui segudang material kulit bernilai USD100,000 (RM414,650) yang digunakan oleh pasukan pembangunan bagi membuat prototaip kabin dan kenderaan akan datang.
Proses itu memerlukan pelbagai percubaan warna dan paten mengikut kesesuaian. Tentu jumlah bilangannya bertambah sekian tahun bahkan mereka juga menemui dua palet kulit warna Ebony, Kasmir dan King Ranch Red. Susulan itu Ford memutuskan untuk mendermakan produk yang mereka kepada peniaga tempatan.
"Ini adalah situasi yang unik di mana kami dapat menyumbangkan sebahagian kulit premium automotif kepada perniagaan kecil di Detroit. Kami sangat gembira ia dapat digunakan dengan baik oleh mereka," kata Pengarah Proses 3D, Jim Conner. Ford mendermakan produk berkenaan kepada Mend on the Move yang menggunakan komponen auto kitar semula bagi menghasilkan barangan perhiasan dan kulit, manakala Pingree Detroit pula sebuah syarikat yang membuat but, dompet dan pelapik gelas dengan menggunakan material kulit.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024