Tempatan

Boss UMW Toyota, Akio Takeyama beraksi di S1K hujung minggu ini

Erywan
21/11/2019
03:22 MYT
Sponsor Banner
Boss UMW Toyota, Akio Takeyama beraksi di S1K hujung minggu ini
Wing Hin Motorsports menyediakan dua Toyota Vios bagi perlumbaan Sepang 1,000 km (S1K) yang bakal berlangsung hujung minggu nanti.
Ini termasuk kereta bernombor 39 dengan corak warna pasukan “Toyota GAZOO Racing Malaysia” dengan penampilan sulung oleh Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang juga Ketua Pegawai Sukan Permotoran TGR yang turut berlumba di dalam Vios Challenge.
Kereta berkenaan akan bersaing di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini di dalam kelas MTC bagi kereta produksi diubah suai dengan kapasiti di bawah 1,600 cc, Ia menggunakan enjin talaan TRD dan casis Toyota Vios yang sediakan dikemudahan Wing Hin di Balakong, Selangor. Terkesan dengan prestasi membanggakan pasukan berkenaan di dalam perlumbaan sama tahun lalu yang menyaksikan Toyota Vios yang dipandu oleh Boy Wong dan William Ho mencatatkan kedudukan podium, ketua Wing Hin Motorsports, Simon Loh sangat yakin jentera-jentera berkenaan akan memberi saingan sengit di dalam acara tahun ini.
Menurut Simon, pihaknya yakin akan mampu beraksi dengan baik selepas memiliki alatan baru yang kami perolehi hasil kerja sama dengan TRD serta pengalaman luas bekas pemandu pembangunan Toyota GAZOO Racing, Akira Iida yang akan memandu tahun ini.
"S1K bukanlah hanya tentang kepantasan, sebaliknya apa yang lebih penting ialah keserasian kerjasama sebagai sebuah pasukan, merencana strategik dengan berkesan serta mengekalkan fokus pemanduan disepanjang perlumbaan itu.
“Dengan rakan kerjasama yang baik seperti Toyota, TRD, minyak pelincir Moty's dan Motec yang menyokong kami, kedua-dua jentera sepatutnya mampu berada dalam kedudukan teratas sekiranya dapat mengelak daripada sebarang kejadian di dalam litar," katanya.
Perlumbaan Sepang 1,000 km menjadi penanda aras tersendiri di dalam kalendar perlumbaan litar di negara ini yang bakal menyaksikan sejumlah 70 kereta berasaskan model produksi yang ada di Malaysia akan berada di kedudukan grid permulaan.
Turut membawa bersama pengalaman luasnya ke dalam pasukan bagi tahun ini ialah pemandu lagenda jentera touring Jepun, Akira.
Dengan enam kali sebagai penamat di dalam perlumbaan Le Mans 24-hour dalam genggamannya, peranan Akira juga sangat penting di dalam membangunkan sisi daya saing Toyota GAZOO Racing, terutamanya untuk siri Japan Super GT.
Beliau juga adalah anggota penting bagi pasukan ROOKIE Racing yang membangunkan jentera lumba Toyota 86 untuk Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda dan anaknya, Daisuke Toyoda bagi Perlumbaan Super Endurance 24-hour di Fuji Speedway, awal tahun ini. Bagi perlumbaan S1K, Akira akan berkongsi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemandu bersama Akio dan William yang turut berlumba di dalam Toyota GAZOO Racing Vios Challenge. Sementara itu, kereta kedua bagi pasukan Wing Hin Motorsports pula akan dikendalikan oleh Boy Wong dan Dannies Ng.
Dengan kesungguhannya terhadap sukan permotoran, penyertaan Akio di dalam S1K dilihat sebagai cara untuk beliau mendapatkan lebih banyak jarak di dalam litar perlumbaan bagi memperhalusi lagi kemahirannya untuk berlumba bersama nama-nama besar lain yang turut akan memberi saingan.
Perlumbaan S1K akan bermula sekitar tengah hari 23 November 2019 dengan bendera penamat dijangka akan dikibarkan sekitar jam 9 malam.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024