Antarabangsa

BMW X5 dan X7 M50i, kedua-dua boleh pecut 0-100km/j kurang 5 saat

Erywan
24/06/2019
02:34 MYT
Sponsor Banner
BMW X5 dan X7 M50i, kedua-dua boleh pecut 0-100km/j kurang 5 saat
Segmen SUV berprestasi tinggi yang didominasi oleh pengeluar-pengeluar dari Eropah dan Itali kini menjadi lebih hangat dengan ketibaan dua pesaing terbaru iaitu X5 M50i dan X7 M50i.
Menampilkan enjin twin-turbo 4.4-liter V8 yang turut digunakan pada M5 dan M850i, kedua-dua model tersebut mempunyai 530hp antara 5,500 hingga 6,000rpm serta 750Nm antara 1,800 hingga 4,600rpm.
Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive, X5 boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.3 saat manakala X7 yang lebih besar memerlukan 4.7 saat. Kelajuan maksimum bagi kedua-dua model adalah 209km/j dengan tayar semua musim dan 250km/j bagi tayar berprestasi untuk musim panas.
Selain daripada peningkatan kuasa, varian-varian M50i ini turut menampilkan penambahbaikan sistem suspensi yang merangkumi sesendal, pegas gegelung dan peredam. X5 didatangkan standard dengan suspensi Adaptive M, manakala X7 mendapat suspensi udara pada bahagian depan dan belakang.
X5 M50i didatangkan rim 20 inci dengan padanan tayar run-flat bersaiz 245/45. Sementara X7 pula mendapat rim 22 inci dengan tayar 275/40 di hadapan dan 315/35 di belakang.
Sistem brek M Sport dengan cakera kompaun ringan dan angkup brek berwarna biru lengkap dengan logo M turut disertakan.
Fasa pengeluaran bagi kedua-dua model dijangka bermula pada Ogos tahun ini. Harga dikatakan bermula dari $82,150 bagi X5 dan $99,600 bagi X7.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024