Antarabangsa

Bentley Continental GT Mulliner Coupe - Model Paling Mewah Dalam Rangkaian Bentley

Erywan
30/09/2020
02:27 MYT
Sponsor Banner
Bentley Continental GT Mulliner Coupe - Model Paling Mewah Dalam Rangkaian Bentley
Bentley memperkembangkan rangkaian Continental GT dengan model yang paling mewah iaitu Continental GT Mulliner Coupe. Ia membuat penampilan sulungnya pada acara Salon Prive di Istana Blenheim, UK pada September ini depan bersama dengan Mulliner Bacalar.
Bagi menjadikannya lebih menonjol berbanding Continental GT biasa, versi Mulliner ini didatangkan dengan jeriji matriks ‘Double Diamond’ dengan kemasan perak dan hitam yang turut digunakan pada lubang ambilan udara, warna Satin Silver pada cermin sisi dan rim Mulliner berukuran 22 inci. Logo ‘B’ pada rim terbabit sentiasa berada pada kedudukan tegak walaupun kereta sedang bergerak.
Ruang dalaman pula menampilkan pakej Mulliner Driving Specification yang merangkumi jahitan ‘Diamond in Diamond’ pada tempat duduk, pintu dan panel belakang. Bentley menawarkan lapan pilihan kombinasi tiga tona dengan pelbagai jenis upholsteri kulit dan jahitan, termasuk untuk bahagian bumbung.
Sementara itu, konsol tengah pula dihiasi dengan jam Breitling dan kemasan kayu Grand Black Walnut dengan perincian krom. Papan pemuka pada sebelah penumpang pula mempunyai grafik profil sisi kenderaan dan logo Mulliner. Jika kemasan kayu standard ini tidak menepati cita rasa mereka, pelanggan boleh memilih satu daripada 88 lagi kemasan lain dari katalog Mulliner.
Continental GT Mulliner Coupe boleh didapati dengan dua enjin twin-turbo iaitu enjin 4.0-liter V8 dengan 550PS atau enjin 6.0-liter W12 dengan 635PS. Kedua-dua versi didatangkan standard dengan teknologi anti-olengan 48V atau Bentley Dynamic Ride yang menjanjikan kestabilan ketika mengambil selekoh dan pemanduan yang selesa semasa ‘cruising’.
Pesanan untuk model ini boleh dibuat mulai Oktober dengan penghantaran bermula tahun hadapan. Pelanggan akan mendapat kunci di dalam sebuah kotak eksklusif yang mengandungi kantung kulit dengan kemasan tiga tona yang sama dengan ruang dalaman kereta mereka.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024