Antarabangsa

Baru Pandu 24km, Sudah ‘Total Lost’ Porsche Taycan Turbo Ini

Erywan
10/06/2020
07:40 MYT
Sponsor Banner
Baru Pandu 24km, Sudah ‘Total Lost’ Porsche Taycan Turbo Ini
Kereta mempunyai keupayaan pecutan yang cukup tinggi ini sememangnya menjadi kegilaan buat pemandu seperti Porsche Taycan Turbo ini.
Namun jentera berprestasi ini tidak mempunyai nasib yang cukup baik apabila ia terbabit dalam kemalangan baru-baru ini. Apa yang lebih menyedihkan, Porsche Taycan Turbo ini hanya mampu melenjan keretanya sejauh 24 kilometer selepas menerima kunci.
Melihat menerusi gambar, Porsche Taycan Turbo ini mengalami remuk di depan dan diletakan di ruangan parkir Copart sebelum dilelong.
Sekali pandang sedan sport elektrik berharga $165,270 (RM719,205) itu tidak mengalami kerosakan yang teruk hanya remuk di hujung depan, tayar depan tertanggal dan rim retak. Tetapi selepas diperiksa dengan lebih teliti, masalah lain mula muncul.
Copart menyenaraikan kerosakan utama adalah di bawah kereta, sayangnya tidak dapat dirakam. Namun kemusnahan boleh dibayangkan menerusi masalah lain yang jelas dilihat apabila kereta itu disokong dengan batu bata. Sementara bahagian lain seperti saluran coolant untuk pek bateri dan unit pacuan belakang dilihat tergantung dari bahagian bawah kereta.
Bahkan kedudukan suspensi belakang lebih rendah daripada biasa dan penjajaran roda belakang tersasar jauh. Beg udara juga boleh dilihat sudah terkeluar dari kedudukannya.
Tidak pasti apa yang terjadi pada Taycan ini sehingga dianggap ‘total lost’ oleh penjual State Farm Insurance oleh Copart.Tetapi kerosakan yang tidak boleh dilihat tentu saja membabitkan kos baik pulih yang tidak murah.
Difahamkan ini adalah model pertama Taycan Turbo dilelong. Perlu diingatkan ini bukanlah model elektrik biasa seperti yang lain.
Buat mereka diluar sana, jika tidak dapat mengawal kuasa 'buas' tertinggi Porsche Taycan Turbo, maka perlu berhati-hati kerana jentera ini mampu menghamburkan kuasa 670hp dan tork setinggi 849Nm. Lagi satu, guna sahaja mod pemanduan biasa supaya dapat mengawal jentera ini dengan selamat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar