Tempatan

Abarth F595 - Kompak Berprestasi Guna Teknologi Enjin Formula 4

Erywan
19/07/2021
04:09 MYT
Sponsor Banner
Abarth F595 - Kompak Berprestasi Guna Teknologi Enjin Formula 4
Abarth melancarkan ‘senjata’ baharunya iaitu kereta kompak yang dinamakan F595 dengan menggunakan enjin sama teknologi seperti jentera perlumbaan Formula 4.
Jentera itu dilancarkan sempena tanda ulang tahun ke-50 bagi perlumbaan Formula Italia yang direka oleh mendiang Carlo Abarth.
Di bawah bonetnya, F595 menggunakan enjin Formula 4 buatan Tatuus iaitu 1.4 liter empat silinder turbocharged yang menyalurkan 163bhp dan 230 Nm. Ia mampu memecut 0-100km/j dalam 7.3 saat dan kelajuan maksimum boleh mencecah 217km/j.
Spesifikasi prestasinya adalah sama dengan varian Turismo 595, cuma F595 menggunakan sistem ekzos ‘Record Monza Sovrapposto’ yang unik.
Injap bersepadu juga membolehkan pemandu mengubah tahap bunyi bergantung pada senarionya, dengan butang mod yang sama meningkatkan berat stereng dan mengetatkan tindak balas pendikit.
Ia juga dipadankan roda 17 inci baru dan menggunakan penyerap hentak belakang Koni Frequency Selective Damping sebagai sebahagian daripada pakej F595.
Di dalamnya, roda stereng dibaluti kulit dan didatangkan tempat duduk sport, selain didatangkan bingkai paparan infotainmen lebih segar dan papan pemuka hitam matte baru untuk model itu.
Sebagai standard, pembeli menerima skrin infotainmen 7 inci yang boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk memilikinya, jentera kompak itu dijual pada harga £20,305 (RM117,815). Masuk Malaysia, harganya lagi mahal la nampak gayanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar