Covid-19

#GempakSpot: Bolehkah Manusia Berjangkit Covid- 19 Daripada Haiwan? - Baca Penerangan Doktor Veterinar Ini

Gempak Spot
07/04/2020
14:15 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Bolehkah Manusia Berjangkit Covid- 19 Daripada Haiwan? - Baca Penerangan Doktor Veterinar Ini
Seorang Doktor Veterinar berkongsi ilmu tentang jangkitan Covid- 19 terhadap haiwan. @DrAfiqS berkongsi cerita apabila beberapa ekor haiwan seperti anjing, kucing dan harimau belang telah dijangkiti Covid- 19.
Nadia dah trending, siapa Nadia?
Mesti korang dah baca berita covid-19 pada haiwan seperti anjing di Hong Kong, Kucing Belgium dan yang terbaru, harimau belang bernama Nadia.
Covid-19 boleh merebak pada haiwan ke? Jadi hari ni saya nak buat thread covid-19 pada haiwan / pets.
Coronavirus (CoV) infection berlaku pada haiwan dan manusia, some strains of CoV ni zoonotic (boleh berjangkit dari haiwan ke manusia) tetapi kebanyakannya tidak!
Contoh: 1. MERS-CoV dari unta -> manusia 2. SARS-Cov dari civet -> manusia
Pada december 2019 di Wuhan maka lahirlah satu CoV baru yang dinamakan SARS-CoV-2 atau sekarang kita panggil Covid- 19.
Seperti yang kita tahu, the predominant route of transmission Covid- 19 ni adalah di antara manusia ke manusia.
Ada bukti yang mengatakan Covid-19 berasal dari haiwan.
Tetapi sehingga kini, kita masih belum mempunyai bukti saintifik untuk kata Covid- 19 ni datang dari haiwan.
Maklumat genetic sequence Covid- 19 ni yang saintis jumpa paling dekat pun adalah dengan CoV di dalam Rhinolophus bat. Sejenis kelawar. Ada kemungkinanlah dari sana.
Seterusnya, adakah Covid- 19 ni boleh dipindahkan daripada manusia kepada haiwan?
Apabila jangkitan Covid- 19 ni dah berleluasa ke serata dunia, Maka adalah KEMUNGKINAN untuk virus ini berjangkit daripada manusia kepada haiwan.
Sebab sekarang ini virus ni banyak pada manusia ya. Jadi memang ada kemungkinan.
Sekarang ni pun ada beberapa kes di mana haiwan dah didapati positif Covid- 19.
OIE menerima laporan pertama anjing di Hong Kong positif Covid- 19 (9/3/2020 -23/3/2020), kedua kucing di Belgium (28/3/2020).
Kedua-dua haiwan tersebut ada close contact dengan manusia yang positif Covid-19. Kajian mendalam masih dijalankan terhadap haiwan yang positifcovid-19 tu ya.
Tetapi penting untuk kita tekankan disini, tidak ada bukti saintifik yang mengatakan haiwan yang dijangkiti memainkan peranan di dalam penyebaran Covid- 19.
Human outbreak are driven by person to person.
Jadi janganlah kita bertindak atau bersangka bawa haiwan peliharaan kita ni bawa Covid- 19.
Takut ada yang buang kucing pulak nanti, sebab setakat ni haiwan ni pun berjangkit dari manusia dan bukan sebaiknya.
Apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk elak haiwan peliharaan kita dari dijangkiti?
Basic hygiene bila handle haiwan seperti basuh tangan sebelum dan selepas apabila pegang, bagi makan.
Elakkan cium, jilat atau berkongsi makanan dengan haiwan peliharaan kita (seriously).
Sesiapa (manusia) yang positif atau suspek positif Covid- 19 haruslah mengelakkan berdekatan dengan haiwan peliharaan.
Jika pesakit tersebut perlu masuk hospital, mintalah orang lain untuk jaga haiwan peliharaan dia. Dan orang yang menjaga tu pulak perlu maintain good hygiene, pakai mask.
Keep the pets strictly indoor as much as possible and contact with those pets should be avoided as much as possible.
Ini adalah cadangan yang diberikan oleh OIE, dan kalau korang nak lebih maklumat yang sahih, boleh lawati laman web OIE.
OIE ini adalah WHO untuk haiwan. Apa-apa perkembangan terbaru boleh diperolehi di sana ya.
Kredit Gambar: Google / Twitter @DrAfiqS
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr. Afiq Vet menggunakan akaun Twitter @DrAfiqS dan mendapat lebih 13,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar