Covid-19

Alhamdulillah, Hospital Pakar KPJ Johor Mula Beri Vaksin

Mya Amri
31/05/2021
10:45 MYT
Sponsor Banner
Alhamdulillah, Hospital Pakar KPJ Johor Mula Beri Vaksin
Hospital Pakar KPJ Johor menjadi hospital swasta pertama di sini memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada warga Johor bermula hari ini.
Hospital Pakar KPJ Johor adalah antara tujuh hospital swasta dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS) di negeri ini dengan keseluruhan membabitkan empat hospital swasta di Johor Bahru dan masing-masing satu di Kluang, Batu Pahat dan Muar.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor Mohd Azhar Abdullah berkata pelaksanaan vaksinasi di hospital itu dijangka mampu memberikan suntikan vaksin 200 dos sehari sekali gus merealisasikan usaha kerajaan dalam meningkatkan jumlah penerima vaksin sehingga 150,000 suntikan sehari bagi tempoh dua bulan akan datang.
"Kami amat berbangga dan berbesar hati kerana terpilih sebagai sebuah pusat vaksinasi bagi petugas barisan hadapan kita. Ia adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara dalam mencapai sasaran untuk memastikan Malaysia selamat daripada wabak COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, lebih 100 petugas kesihatan hospital itu yang terlatih akan ditempatkan di pusat berkenaan bagi membantu proses vaksinasi berjalan lancar dengan pematuhan ketat oleh Kementerian Kesihatan(KKM).
Mohd Azhar berkata setakat ini vaksinasi di hospital swasta masih belum ditawarkan secara berbayar dalam tempoh terdekat ini maka orang awam dinasihatkan tidak tertunggu-tunggu serta 'menyerbu' hospital swasta untuk mendapatkan slot suntikan vaksin.
"Prosedur dan proses mendapatkan vaksin di hospital swasta tetap sama seperti hospital kerajaan atau pusat komuniti lain iaitu pendaftaran masih dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera bagi individu yang layak," katanya
Sumber: Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024