Berita

Terima Chanel, Farawahida Terkejut Peminat Singapura Kejar Hingga Ke Hotel!

Syafiqah Jalal
15/11/2018
09:00 MYT
Sponsor Banner
Terima Chanel, Farawahida Terkejut Peminat Singapura Kejar Hingga Ke Hotel!
Penyanyi Fawahida akui terkejut apabila mendapati seorang peminat telah mengejarnya hingga ke hotel ketika mengadakan persembahan showcase Gegar Vaganza Live di Singapura minggu lalu.
Mencerita detik-detik tersebut, bekas bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu berkata sebelum konsert bermula, peminat yang berasal dari negara tersebut telah mencarinya di hotel yang didiami untuk menghadiahkan alat solek jenama terkenal, Chanel.
Farawahida yang terharu menerima hadiah tersebut memberitahu tidak menyangka begitu hebat penerimaan peminatnya di Singapura selepas sudah lebih 10 tahun tidak mengadakan persembahan di negara seberang tembak itu.
“Terharu sangat, dia sanggup datang hingga ke hotel semata-mata mahu berjumpa saya dan menghantarkan hadiah itu.
“Saya tak pernah rasa begini kerana kali terakhir adalah 10 tahun lalu iaiu waktu kegemilangan saya saat disanjungi ramai peminat.
“Saya tak nafikan ini adalah impak selepas saya muncul di GV5 baru-baru ini, saya diterima baik oleh ramai oran termasuk di Singapura,” katanya kepada Gempak.
Selain Farawahida showcase Gegar Vaganza Live anjuran Singtel TV dengan kerjasama Astro itu turut menampilkan bintang GV lain seperti Zarul Umbrella, Haiza, Ayai Ilusi, Shafie Rio dan Safura.
Showcase Gegar Vaganza Live itu telah diadakan dengan sangat meriah di pusat membeli-belah, Kinnex Mall, Singapura.
Mengulas mengenai persembahannya di showcase tersebut, Farawahida terkejut meihat penerimaan orang Singapura terhadapnya serta bintang GV lain.
“Mereka sangat ‘sporting’ dan meriah! Sudah lama saya tidak dapat merasakan pengalaman sebegini bila membuat persembahan.
“Mereka sangat enjoy dan gembira melihat kami membuat persembahan, saya pasti akan kembali!” katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024