Berita

Shiro Bersama Taman Diuji Peribahasa Secara VR

Elrafaei Sapi
19/01/2019
09:30 MYT
Sponsor Banner
Shiro Bersama Taman Diuji Peribahasa Secara VR
Selepas bersaing dalam 2 episod, kumpulan Shiro dan Taman terus berentap untuk menentukan siapakah bergelar juara program, Maharaja Tak Pening.
Dalam episod pertama lalu, Shiro berjaya mengatasi Taman sebelum Tauke dan Man Posmen pula menang episod kedua.
Untuk saingan episod ketiga pula, kedua kumpulan ini berdepan cabaran melukis dengan menggunakan permainan Virtual Reality (VR) manakala pasangan setiap kumpulan perlu meneka jawapannya.
Ia nampak mudah tapi memang sukar untuk pasangan berkenaan memberikan jawapan berdasarkan lukisan VR berkenaan.
Ketika Man melukis manakala Tauke meneka jawapan, kumpulan Shiro pula tidak berpuas hati dengan Man. Apa yang berlaku sebenarnya?
Menariknya, setiap peserta hanya diberikan masa seminit untuk menjawab apakah peribahasa yang tepat merujuk pada lukisan yang dihasilkan.
Meskipun cabaran nampak mudah hanya meneka peribahasa menerusi gambar yang dilukis daripada VR tersebut tetapi ketika Nabil pula cuba melukis, kedua kumpulan peserta juga sukar untuk memberikan jawapan yang tepat.
Program Maharaja Tak Pening ini disiarkan sebanyak 4 episod dan ia mampu menghilangkan pening kepala hanya menerusi satu tablet.
Produk Uphamol membantu kemeriahan MLM 2018 dalam persembahan jenaka yang menghiburkan dengan menghilangkan tekanan dan kerisauan disebabkan pening kepala.
Jangan lupa menyaksikan 4 episod, Maharaja Tak Pening eksklusif di Astro Gempak.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024