berita

Kiut Mahu Teruskan Perjuangan Arwah Pak Yus Dalam Bidang Komedi

Rozaimi Zubaidi
16/03/2018
03:10 MYT
Sponsor Banner
Kiut Mahu Teruskan Perjuangan Arwah Pak Yus Dalam Bidang Komedi
Finalis Gegar Lawak, Kumpulan Kiut mengakui penglibatan mereka dalam industri adalah untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Pak Yus.
Menurut anggota Kiut, Zam, mereka amat mengagumi lawak yang dibawakan oleh Yusry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus ketika bersama dengan kumpulan Jambu.
"Sebenarnya penglibatan kami dalam industri ini bermula apabila bersama-sama dengan Pak Yus ketika melakukan persembahan teater.
"Dia banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami dalam mengentengahkan komedi di Malaysia.
"Jadi peluang yang ada ini kami ingin meneruskan perjuangan ditinggalkan oleh Pak Yus kerana lawak dilakukan oleh dia dekat di hati peminat.
"Kami berharap agar dengan kehadiran kumpulan Kiut dalam industri dapat mengubati kerinduaan peminat terhadap jenaka yang dilakukan oleh Pak Yus," katanya kepada Astro Gempak.
Selain Zam, kumpulan Kiut turut dianggotai oleh Tapai dan Hanafi.
Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
Jangan lupa menyaksikan Gegar Lawak akhir yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat (malam ini), jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024