Berita

Kami Ingat Kami Tersingkir - Mirwana

Kamaruddin Razal
16/05/2017
02:43 MYT
Sponsor Banner
Kami Ingat Kami Tersingkir - Mirwana
Kumpulan nasyid Mirwana tidak menjangkakan yang mereka berjaya meraih tempat pertama di minggu separuh akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).
Dianggotai oleh Naim, Akmal, Hafiz, Ikram, Along dan Faiz, Mirwana menyampaikan lagu Satu Qiblat Yang Sama dan The Climb di konsert separuh akhir.
"Kami tak sangka kami berjaya mendapat tempat pertama. Pada awalnya, kami ingat kami yang tersingkir.
"Melihat kembali persembahan kumpulan lain di malam separuh akhir, masing-masing mempunyai kelebihan dengan persembahan yang mempunyai mesej.
"Mereka datang dengan penceritaan yang memukau, sedangkan kami hanya melebihkan vokal sahaja. Kami bersyukur kerana mendapat tempat pertama dan dapat beraksi di pentas akhir," kata Along.
Tambah Mirwana, mereka bakal menjadikan pentas akhir sebagai medan untuk menonjolkan bakat bagi menghargai sokongan peminat.
"Kami akan berusaha bersungguh-sungguh di konsert akhir nanti. Kami akan menyampaikan sesuatu yang berbeza dan terbaik untuk kami hadiahkan kepada peminat yang tidak henti-henti memberi dorongan kepada kami," katanya lagi.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan bersiaran pada Ahad, 21 Mei, jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024