Berita

GV 3: Kontroversi Tak Jejas Fokus Elly Mazlein

Ahmad Shah
19/10/2016
14:45 MYT
Sponsor Banner
GV 3: Kontroversi Tak Jejas Fokus Elly Mazlein
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein akui dakwaan dalam akuan bersumpah bekas suaminya pengarah drama Azmi Hatta tidak akan menjejaskan fokusnya di Gegar Vaganza 3 (GV 3).
Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, tidak berbaloi mengambil peduli tentang perkara remeh-temeh seperti itu.
"Terus-terang saya katakan rugi jika saya melayan segala kontroversi serta tuduhan serta dakwaan yang dilemparkan bekas suami saya itu.
"Saya tetap akan terus fokus dengan persembahan saya walaupun daripada apa yang saya lihat, dia seperti sengaja ingin menjatuhkan maruah serta nama saya sewaktu saya sedang berjuang di GV 3.
"Ia tidak menjejaskan langsung fokus saya untuk terus membuat yang terbaik dalam GV 3," katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.
Mengulas mengenai persediaannya di konsert ke dua GV 3 malam Ahad ini, Elly cuma mengharapkan kesihatannya pulih seperti sedia kala.
"Saya masih lagi tak sihat dan demam berpanjangan sejak dari minggu pertama lagi. Esok saya akan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
"Saya berharap agar semua doakan saya supaya cepat sembuh," katanya lagi.
Elly yang bakal mendendangkan lagu yang dipopularkan Ziana Zain, Berpisah Jua pada konsert minggu kedua nanti.
GV3 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024