Gaya Hidup

#YangLegitYangLegend; Fesyen Artis Mana Paling Meletop?

Amri Hassan
22/04/2019
10:36 MYT
Sponsor Banner
#YangLegitYangLegend; Fesyen Artis Mana Paling Meletop?
Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) sekali lagi menyaksikan perang fesyen dalam kalangan selebriti yang hadir.
Pelbagai busana diperagakan hasil sentuhan pereka tempatan mahu pun luar negara.
Apapun yang pasti, tema glamor dipatuhi oleh kebanyakan tetamu yang hadir tidak kira selebriti, tetamu dan peminat.
Semangat itu yang memeriahkan acara dan mewarnai tema AME2019 Yang Legit Yang Legend tahun ini.
Gempak berkesempatan menemubual beberapa selebriti yang hadir penuh mempesonakan di karpet merah AME2019 semalam.
Jom lihat rangkuman fesyen selebriti AME2019:
1. Dayang Nurfaizah
Hadir dalam busana kot dres hitam dengan sedikit sentuhan putih pada lapel kiri, Datuk Rizalman tidak pernah mengecewakan.
"Sebenarnya saya menggunakan khidmat Rizalman dan ini kali pertama saya menyarung sut dres. Ada klasik look sedikit, manakala gaya rambut mengadaptasi Studio 54 sekitar era 1970-an," katanya yang disolek Syed Faizal Syed Noh.
A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on
2. Ain Edruce
Ain Edruce mendapatkan khidmat Wanpa untuk dres nude hitam berlisu dengan godet fishtail.
Biarpun dres itu mirip dengan rekaan pereka fesyen antarabangsa, Ain masih mencuri tumpuan dengan ketika mengacarakan karpet merah AME2019.
"Keseluruhan look saya top to toe hari ini mendapat sentuhan daripada pasukan Wanpa," kata Ain yang turut menjadi muse koleksi raya pereka itu tahun ini.
3. Jihan Muse
Masih juga disamakan dengan pereka antarabangsa Tom Ford, gaun perak milik Ashraff Zainal yang disarung pengacara AME2019 itu masih menjadi tumpuan sepanjang pentas dibuka.
Jihan tampil penuh elegan dan selesa dalam persalinan itu sepanjang acara.
Part 2 . Dress mirror2 on the body yg sgt bermakna terlalu banyak kisah dan drama utk mendapat kelulusan dress tu di pentas anugerah. Designer yg sgt komited berhempas pulas dari awal hingga ke akhirnya utk menghasilkan dress tema lagu cindai “cermin ku retakkkkkk seribu” u guys are amazing @Ashraffzainal & @amadzola . Stylist yg baik, penyabar dan setenang air di kali @yumimarina yg all out utk pertama kalinya handle jihanmuse hosting live award show. Good job yumi. Ingat yumi stay grounded. Eh apa tu. . Makeup artist @makeupbydeqsha and @pejoyyahaya tq jugak byk membantu. PA yg sgt sabar dan hebat @firdaus_faizal84 @berd_story tq My manager @afeeqiqnarcio yg request nak baju cermin. Dia nak pakai sbnrnya tp takde cermin yg sanggup pecah utk dia dan management team @mylolentertainment tq atas kepercayaan. Sorry mak memang degil tp degil mak semua bersebab nyeh. Love korg! Geng host @nabilzira @neelofa . Tq korang aku suka teamwork mcmni. Dr day 1 semangat betul kita nak buat AME ni. Finally guys, Alhamdulillah. . Astro & Production team dari Boss paling Besar, boss besar, boss kecik, boss kecik sikit, producers, directors, writers dan anak2 buah juga semua technical crews tq atas setiap tugas dan bantuan. . Video & photo @aqoimran from @7pixelstudio asst by @tjdntrmn @thoyyibtarmuin . And small2 things yg mungkin x perasan tp ade penglibatan dalam menyiapkan saya, tq Accessories @swarovski Nails @vbeauty.academy Shoes @christyngshoes Corset @bodyonz . Fans @jihanizer tq atas support dan undian korang. Tak menang anugerah takpe janji i dah menang di hati uols hiks! it's the thought that counts.. Its okay guys. As long as korang support jihan dan suka dgn hasil kerja jihan. Alhamdulillah tq. . Last but not least tulang belakang ku suami tercinta @ungkuhariz yg duk layan bini 3 pg mintak ajar rap lah slang bri’ish lah yg sudahnya xtau jd ke x pun @shahilaamzah sha ku syg tq sha siap share video gigih aku perati lidah kau laju nau walaupun x sama mcm kau buat tp jadilah dr xde. Love
A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
4. Syafiq Farhain
Rekaan lapel ala Dior Homme yang pernah dipakai pelakon Nicholas Hoult ketika Oscars baru-baru ini, sut hijau yang disarung bintang Big Stage itu menarik perhatian ramai.
Syafiq mendapat khidmat pereka fesyen Singapura, Jay Carlista.
"Fesyen saya nampak ala tradisional. Saya serahkan kepada pereka fesyen saya asalkan sedap mata memandang dan sesuai dengan saya," katanya.
A post shared by TEAM SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhainfc) on
5. Zizi Kirana
Shanell Harun dipertanggungjawabkan untuk mereka busana yang dipakai Zizi Kirana kali ini.
Bergemerlapan dalam rekaan sekuin berlisu cross body, Zizi masih kekal dengan imej tersendiri.
"Saya ikut elegan rock chic tetapi masih kekalkan identiti saya," katanya yang disolek Chikathedivas.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024